KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd (AirAsia) menawarkan promosi jualan istimewa selama 72 jam ke semua destinasi jarak pendek di China dengan tambang termasuk semua dari RM138 sehala.
Dalam kenyataan, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata jualan itu untuk penerbangan AirAsia berlepas dari pelbagai hab Malaysia di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Langkawi ke Guangzhou, Nanning, Hong Kong, Macao, Kunming, Shenzhen, Hangzhou, Changsha, Shantou dan Wuhan.
"Semua destinasi yang dinyatakan itu boleh didapati untuk tempahan secara dalam talian selama 72 jam di airasia.com dari 18 Okt-20 Okt, dan di aplikasi mudah alih AirAsia.
"Penumpang boleh melakukan perjalanan antara 19 Okt, 2016 dan 22 Jan, 2017.
Note: only a member of this blog may post a comment.