Tips Jimat Bil Elektrik Walaupun Guna Penghawa Dingin

Assalamualaikum

Tips Jimat Bil Elektrik Walaupun Guna Penghawa Dingin

  • Pilih penghawa dingin yang sesuai dengan ruang kediaman dan kegunaan anda. Contohnya yang jenis ‘Energy Saver’
  • Guna penyaman udara ketika cuaca betul-betul panas di luar dan anda rasa kurang selesa dalam rumah.
  • Tutup atau matikan penyaman udara bila tiada siapa di rumah. Bila balik rumah nanti, bolehlah pasang balik.
  • Ketika anda memasang penghawa dingin, pastikan tingkap, pintu dan langsir semua ditutup untuk memastikan suhu yang sejuk tidak keluar dan haba dari luar tidak masuk ke dalam. Ini dapat memastikan ruang atau bilik disejukkan secara serata.
  • Jangan pasang penghawa dingin pada suhu yang terlalu rendah. Selaraskan pada suhu yang sesuai agar anda selesa. Suhu yang terlalu rendah akan meningkatkan penggunaan elektrik.
  • Jika anda memasang penghawa dingin sebelum tidur, pastikan anda letakkan timer atau sleep mode. Suhu pada waktu malam akan menurun, pastinya anda tidak memerlukan suhu yang terlalu sejuk untuk tidur. Lagipun tidur dalam suhu yang terlalu sejuk untuk tempoh yang lama boleh memberi kemudaratan pada kesihatan.

  • Bersihkan penapis penghawa dingin secara kerap. Penapis yang kotor akan membuatkan suhu penghawa dingin menjadi kurang sejuk. Penghawa dingin juga perlu diservis sekurang-kurangnya setahun sekali agar ia dapat berfungsi dengan baik. Penghawa dingin yang tidak berfungsi dengan betul akan menggunakan lebih tenaga elektrik untuk menyejukkan ruang.

Mudah-mudahan artikel Cara Jimat Bil Elektrik Walaupun Guna Penghawa Dingin dapat membantu anda menyejukkan tempat kediaman tapi dalam masa yang sama tetap dapat menjimatkan bil elektrik di rumah anda.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.