'Abang Nak Bunga Ke? Mak Dah Tanya Dah Tapi RM100, Mak Tak Mampu Bang'

Assalamualaikum


Ada juga yang tidak kisah, malah tidak hadir pun ke majlis konvokesyen kerana masing-masing merasakan acara itu tidak memberi apa-apa makna.

Setekat mengenakan jubah dengan topi mortar dan naik ke atas pentas untuk menerima skrol yang tak sampai 30 saat, detik itu tampak seperti tidak ada keistimewaannya.

Namun, bagi sesetengah individu, konvokesyen dianggap begitu penting sekali dan merupakan detik sekali seumur hidup yang tidak boleh dilepaskan

Inilah masanya untuk ibu bapa dengan bangganya menyaksikan anak mereka naik ke pentas untuk menerima segulung ijazah, hasil daripada penat lelah dan usaha selama bertahun-tahun sepanjang melanjutkan pelajaran di universiti.

Walaupun detik itu tidak sampai seminit, ibu bapa tetap sanggup datang dari jauh semata-mata ingin meraikan kejayaan si anak. Susah macam mana sekali pun, ibu bapa tetap akan mencari jalan untuk hadir demi menjadikan detik konvokesyen si anak lebih bermakna.

Seorang graduan UTP, Nizam Mustapha melalui Instagram menceritakan sebuah kisah sebak di mana ibu bapanya sanggup bersusah payah membiayai pelajarannya selama ini walaupun hidup susah

My family's background bukanlah daripada golongan berharta dan berduit. Since I was a kid, hidup hujung bulan beras habis, ataupun kasut dan baju sekolah pakai sampai lusuh sebab tak mampu nak beli baru. Teringin nak join pengawas or librarian, tapi letak tepi je hasrat tu sebab tak cukup duit nak beli uniform baru.

Even when I received my offer letter to pursue my studies in UTP, fikir banyak kali sampai gaduh dengan Abah sebab last minute buat decision masuk UTP instead of IIUM. Some even asked my mum either our family is capable enough to pay my fees in private university. Kadang-kadang Mak sanggup tebalkan muka meminjam semata-mata untuk anak.



Menurut Nizam, ramai orang berasa hairan bagaimana ayahnya yang hanya bekerja sebagai security guard boleh membenarkannya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti swasta



  • Masa join UTP dulu pun waktu orientation ada berborak dengan senior, even senior tu pun terkejut macam mana seorang Security Guard boleh decide untuk anak dia sambung study dekat private university. Ada jugak beritahu Abah benda ni, tapi Abah relaks saja, katanya selagi dia mampu, jangan fikir pasal duit.
  • Tiba hari konvokesyen, ibunya yang telah banyak berkorban selama ini masih ingin menghadiahkan beliau sejambak bunga. Tetapi, ibunya tidak mampu.
  • Last Sunday during my convocation, after i received my scroll, Mak text aku tanya: "Abang nak bunga ke? Mak dah tanya dah tapi RM100, Mak tak mampu Bang".

    Sebak sungguh bila Mak masih lagi fikir nak belikan bunga during my convocation. That moment when both of your Abah dam Mak berjaya tanggung kau sampai ke Menara Gading.
  • Bercakap kepada SAYS, Nizam menceritakan lagi kesusahan yang dialaminya sepanjang bergelar mahasiswa, termasuk terpaksa meminjam sebanyak RM2,500 daripada seorang rakan
  • When I was in Foundation 2nd Semester, I need to pay almost RM5,000 to pass and take my examination slip. I need to pay by at least 50%. Cuba bayangkan dalam masa dua minggu, Aban kena cari RM2,500. Masa tu Abah suruh extend satu lagi semester sebab tak mampu nak bayar.

    Masa tu jugak, Mak ada tanya some of her siblings nak pinjam RM2,500, my sister also ada tanya her boss if she can borrow RM2,000. Deep down saya stress sangat waktu tu, sedih tengok Mak mintak duit sana sini.

    So as a conclusion, I ada mintak tolong my friend, her name is Alia Shahrudin. Abah dia sanggup bagi pinjam duit dia dulu. Jujurnya, I rasa malu gila sebab terpaksa pinjam daripada kawan.
  • Menurutnya lagi, ayahnya tetap ingin si anak memasuki UTP, sehingga sanggup memberinya sejumlah wang yang sepatutnya digunakan untuk mengubah suai rumah

    • Saya tak pernah kisah pun nak masuk UTP, sebab saya tahu UTP tu universiti swasta dan yurannya mahal. Tapi Abah tetap suruh saya apply. Alhamdulillah, saya dapat panggilan dari UTP. Sebelum masuk, saya kena pergi interview dulu. Masa tu Abah sanggup sewa kereta dan dan hantar saya ke Tronoh pada pukul 12 malam.

      Selepas interview pada pagi tersebut, kami terus pulang ke rumah. Abah tak mampu nak sewa bilik hotel. Abah suruh saya masuk UTP sebab katanya UTP ni bagus, dan bukan semua orang boleh masuk.

      Tapi pada masa yang sama, saya dapat tawaran dari UIAM. Ikutkan hati, saya memang nak masuk UTP, tapi disebabkan duit, saya cakap kat Abah yang saya nak masuk UIAM. Bergaduh juga saya dengan Abah waktu tu. Abah cakap jangan risau pasal duit sebab dia mampu nak tanggung segala kos saya di UTP.
    • api saya tahu Abah mesti akan struggle nak cari duit sebab sejak kecil pun, saya nak masuk sekolah pun susah, inikan pula private university. Nak tahu apa Abah buat? Abah ada ambil pinjaman bank sebab nak renovate rumah, but you know what, he gave me half of the money untuk saya bayar yuran di UTP.

      Saya masih ingat lagi macam mana orang kecam Mak saya. Sampai ada yang cakap "Ada harta ke nak gadai untuk tanggung yuran kat UTP tu?"
    • Pesanan Nizam untuk para pelajar di luar sana:

      • To all students out there, either you're rich or sebaliknya, make both of your parents proud of you. Don't you even try to flip around during your student life, strive as you can. Tak semua mampu berada dengan apa yang kita ada sekarang, so be grateful dan ingat Abah dan Mak. So, i dedicated this Degree to Mak dan Abah.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.