Cara Permohonan baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dan kemaskini maklumat BR1M bagi penerima sedia ada dijangkakan boleh dibuat mulai bulan Disember 2016. Tarikh sebenar akan dikemaskini bila diumumkan nanti.Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar sekali lagi, sebaliknya hanya perlu mengemaskini maklumat berkaitan yang berubah, seperti alamat terkini, maklumat akaun bank (akaun simpanan atas nama pemohon sahaja), maklumat ahli isi rumah, maklumat waris dsb.
Cara Memohon Dan Kemaskini BR1M
Memohon dan kemaskini BR1M secara online:
Proses permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1M boleh dibuat dengan mengisi borang BRIM secara atas talian melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:
https://ebr1m.hasil.gov.my
Permohonan secara online hanya boleh dibuat menggunakan komputer kerana aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
Memohon dan kemaskini BR1M secara offline:
Permohonan baharu dan pengemaskinian BR1M juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 .
Borang BR1M yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil LHDNM, Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM, pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau pejabat daerah.
Tarikh Pembayaran BR1M 2017
Pembayaran BR1M 2017 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan diagihkan secara berperingkat empat kali setahun iaitu pada bulan Januari, April, Jun dan September 2017. Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus mulai Januari 2017.
Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM mengikut kategori pendapatan bulanan.
Tarikh bayaran bermula | Pendapatan bulanan isi rumah RM1,000 dan ke bawah (e-Kasih ) | Pendapatan bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah | Pendapatan bulanan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000 | Individu bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah |
---|---|---|---|---|
Jan 2017 | RM300 | RM300 | RM250 | RM450 |
Apr 2017 | RM300 | RM300 | RM250 | --- |
Jun 2017 | RM300 | RM300 | RM200 | --- |
Sep 2017 | RM300 | RM300 | RM200 | --- |
Total | RM1200 | RM1200 | RM900 | RM450 |
Note: only a member of this blog may post a comment.