Penyakit kanser tak jejas capai 6A UPSR

Assalamualaikum



KOTA BHARU: Menghidap penyakit kanser tidak menghalang seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim 2 untuk mendapat keputusan cemerlang 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Wan Adibah Farhana Wan Mazlan,12, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak 4 September lalu apabila mengalami penyusutan berat badan secara mendadak serta hilang selera makan.

Ibunya, Ani Harun, 48, berkata Adibah sebelum ini tidak pernah mengalami sebarang penyakit namun pada awal tahun kesihatannya tiba-tiba merosot. "Adibah mengadu sakit belakang badan dan muntah darah, apabila dibawa ke HUSM keadaannya makin parah apabila beratnya turun daripada 44 kilogram sehingga 28 kilogram," katanya ketika di temui di HUSM, di sini, hari ini.

Ani yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Pasir Mas memaklumkan anaknya terpaksa menjawab soalan peperiksaan UPSR ketika berada dalam wad di HUSM serta tidak dapat mengulangkaji subjek seperti rakannya yang lain. "Namun sebelum ini Adibah sentiasa memperoleh keputusan cemerlang dalam setiap ujian yang didudukinya dan ketika menjawab soalan UPSR, dia yakin dapat menjawab keseluruhan soalan walaupun berada dalam keadaan sakit," katanya.

Bapanya, Wan Mazlan Wan Hassan, 50, yang juga Penolong Kanan 1 SMK Tengku Panglima Raja memaklumkan anaknya mendapat layanan yang terbaik daripada HUSM yang menyediakan tempat untuk anaknya menduduki peperiksaan berkenaan tanpa sebarang gangguan. "Saya redha dengan ketentuan takdir namun saya berterima dengan pihak HUSM dengan segala kemudahan yang disediakan untuk membantu anak saya supaya cepat sembuh," katanya.


kredit : bharian.com



0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.