Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP Dan Integrasi Sains Tahfiz 2017 Online
Berikut dikongsikan panduan dan maklumat permohonan kemasukan ke SMA MAIWP dan SMISTA tahun 2017. Maklumat dikongsikan termasuk syarat permohonan, applikasi permohonan dan cara hubungi.Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Pendaftaran dibuka bermula dari 01 November sehingga 25 November 2016
- Keutamaan diberikan kepada anak-anak Wilayah Persekutuan. Peruntukan 10% dibuka kepada anak-anak yang dilahirkan di luar Wilayah Persekutuan
Syarat Akademik
- Kelayakan minima 4A 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016. Bagi anak-anak asnaf, kelayakan minima adalah 3A 3B.
- Mendapat 5A / MUMTAZ dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) 2016 atau yang setara dengannya.
- Mempunyai asas pengajian Al-Quran dalam bidang tilawah dan hafazan
- Hafazan dan Tilawah Al-Quran (khas untuk calon SMISTA).
- Ujian Kelayakan Tingkatan 1: Fardhu Ain, Jawi, Al-Quran dan Bahasa Inggeris.
- Penglibatan aktif dalam ko-kurikulum
Cara Memohon
- Applikasi Permohonan : Klik MAIWP SMAM. Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun anaknya sendiri sebelum membuat permohonan ke Tingkatan 1
- Pendaftaran Baru : DAFTAR MASUK
- Soalan Lazim : FAQ
Nota
Ibu Bapa perlu mengemaskini keputusan UPSR dan UPSRA/PSRA/SETARAF selepas keputusan diumumkan. Butang penghantaran permohonan online hanya akan diaktifkan selepas keputusan UPSR diumumkan.Cara Hubungi
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-Bahagian Pembangunan Insan,
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Aras 1,7,9-11, Bangunan PERKIM
No. 150, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.
No. Tel : 03- 4047 9444 ( En. Abdul Halim )
halim.sulaiman@maiwp.gov.my
Note: only a member of this blog may post a comment.