10 Tempat Menarik di Ranau Sabah

Assalamualaikum


1.Kundasang

Bagi pelawat yang tidak mendaki gunung Kinabalu, anda boleh datang ke sini untuk bergambar berlatar belakangkan gunung Kinabalu, beristirehat  atau melawat Botanical Garden yang ada di sini.



 2. DESA Cattle Dairy Farm 

DESA Cattle Dairy Farm merupakan sebuah ladang ternakan lembu dan kambing dan juga sebuah kilang pemprosesan susu lembu dan kambing.





Terletak kira-kira 8km dari Pekan Kundasang, ladang ternakan ini dibuka kepada pelawat untuk melihat sendiri pemprosesan susu lembu. Anda juga boleh merebut peluang melawat tempat ini dengan membeli produk keluaran kilang ini. Apa yang lebih menarik tentang lokasi ini adalah pemandangan dan suasana yang seakan-akan berada di New Zealand. Oleh sebab itu, ladang ini telah diberi gelaran “Little New Zealand in Sabah”.


3. Kundasang War Memorial

Kundansang War Memorial merupakan sebuah istana kecil yang menempatkan tugu memperingati tentera-tentera Australia yang telah terbunuh sewaktu penjajahan Jepun. Lokasi ini terkenal dengan kejadian The Marching Death yang telah membunuh lebih daripada 2000 orang askar Australia. The Marching Death merupakan kejadian di mana semua banduan tangkapan tentera Jepun telah dipaksa untuk berjalan kaki tanpa rehat dari Sandakan hingga ke Ranau.



4. Pasar Pekan Kundasang dan Pekan Nabalu 

Pekan Kundasang dan Pekan Nabalu masing-masing mempunyai pasar yang menjual pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan organik yang segar dari kebun. Selain itu, barangan kraftangan dan makanan tradisional tempatan juga ada dijual di pasar ini.

Pekan Kundasang
Pekan Nabalu 


5. Kebun Strawberry 

Di Ranau juga terdapat banyak kebun Strawberry terutamanya di kawasan Kundasang kerana suhunya yang sesuai untuk penanaman Strawberry. Antara kebun yang dibuka kepada pengunjung adalah Strawberry and Rose Garden dan juga Strawberry Garden.




6. Tagal Luanti

 ‘Tagal’ Luanti merupakan sebuah sungai yang menjadi lokasi pelancongan kerana terkenal dengan spa ikan yang terdapat di sini. Berbeza dengan ikan-ikan lain yang takut dengan manusia, ikan-ikan di sungai ini amat suka dengan manusia.




7. Kolam Air Panas Poring 

Kolam Air Panas Poring merupakan sebuah lokasi pelancongan yang sangat terkenal dalam kalangan rakyat tempatan Sabah dan juga pelancong asing. Menariknya, air panas yang disediakan adalah air panas yang terhasil secara semulajadi dari bawah tanah.




8. Ladang Teh Sabah 

Ladang Teh Sabah adalah satu-satunya ladang teh organik di Kepulauan Borneo dan juga seumpamanya di seluruh dunia. Berbeza dengan suhu yang dingin di Kundasang, suhu di ladang teh organik ini agak panas. Tapi apa yang penting adalah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang anda boleh dapat apabila melawat ladang teh ini.




9. Ranau Paragliding Park

 Aktiviti paragliding juga terkenal di Daerah Ranau dan dijalankan di Ranau 
Paragliding Park yang terletak 6 km dari Pekan. Paragliding merupakan sebuah aktiviti meluncur di udara menggunakan payung terjun lebar setelah berlari atau melompat dari sebuah lokasi yang tinggi. Kawasan Ranau yang berbukit menjadikannya lokasi yang sesuai untuk aktiviti ini.



10. Mesilau Nature Park 

Mesilau Nature Park adalah lokasi kedua untuk memulakan pendakian menawan puncak Gunung Kinabalu. Menariknya, lokasi ini merupakan lokasi pelancongan paling dekat dengan kaki gunung Kinabalu dan menjadi habitat kepada spesies terbesar periuk kera, iaitu Nepenthes Rajah.










0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.