KEPUTUSAN TERKINI Hukum Perlaburan ( ASN ) dan ( ASB ) Dan Seumpama

Assalamualaikum


Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional ( ASN ), Amanah Saham Bumiputera ( aSB ) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:

a.Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB )
secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara
patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada
sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi
daripada Ibnu Mas’ud:

ما ا
جتمع الحلال والحرام إلاغلب الحرام الحلال

Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan
mengalahkan yang haram atas yang halal”

b.Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB )
diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis
Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak
lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional
berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.

c.Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan
dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen



0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.