Tazkirah Subuh Yang Memberi Keinsafan - Nikmat Paling Besar

Assalamualaikum



Apabila kita telah mengetahui bahawasanya Allah SWT mengharamkan syurga bagi mereka yang kufur terhadapNya maka dari itu kita tahu bahawa sebesar-besar nikmat ialah nikmat Islam.

Apabila Allah menginginkan bagi hambanya kebaikan maka dia dimatikan dalam beragama Islam. Nabi kita pernah berdoa ; “Wahai yang menetapkan hati-hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu”. Nabi Saw telah pun memberitahu bahawa antara tanda-tanda fitnah akhir zaman orang yang malamnya Muslim, dan paginya kafir  atau paginya dia kafir, dan petangnya dia beriman.

Hari ini kita melihat di sekeliling kita berbagai perkara yang disebarkan yang berbentuk syubhat, penipuan dan perkara yang meragukan dan yang berbentuk syahwat yang membangkitkan nafsu. Tidak syak lagi bahawa ini semua dapat menyebabkan seseorang itu berpaling (dari agamanya).

Allah yang Maha Tinggi apabila mencintai seseorang hamba maka akan diwafatkan dia di dalam Islam. Setiap perkara yang ditarik dari kita pasti akan ada gantinya (dari Allah) kecuali agama (maka tiada gantinya).  Apabila Allah mencintaimu maka dia akan menetapkan kematianmu di dalam Islam supaya engkau mati dalam Islam. Jadikanlah hatimu gembira tatakala engkau menyembah Allah.

Sebahagian orang apabila melakukan sesuatu perkara yang mubah atau makruh seperti menghadiri sesuatu pertandingan atau majlis keramaian dia merasa gembira menghadirinya. Kita tidak ingin membicarakan tentang perihal sesuatu golongan tetapi kita ingin mengambil faedah dari kegembiraan ini. Bagaimana engkau tahu bahawa engkau (tetap) di atas Islam ialah apabila engkau merasa gembira tatakala aengkau mentaati Allah.

Janganlah dilakukan sesuatu ibadah itu semata-mata untuk menyelesaikannya tetapi lakukanlah sesuatu ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah.  Allah tidak dimudaratkan oleh kemaksiatanmu tetapi engkaulah yang binasa apabila engkau melakukan maksiat.

Matilah dalam keadaan Islam dalam apa jua keadaan jauh lebih baik daripada mati dalam kekufuran sebagaimana disebutkan dalam doa para solehin “ Ya Allah sesungguhnya aku mencintaiMU walaupun aku bermaksiat kepadaMu”. Dan seorang sahabat yang mulia Amru ibn al-ash tatakala hampir waktu kewafatanya berkata ;”  Ya Allah aku bukanlah seorang yang lepas (dari dosa) maka aku memohon pengampunanMU dan bukanlah aku orang yang kuat (dalam beribadah) maka aku mohon pertolonganMu dan tiada bantuan dan kekuatan kecuali (pertolongan) Allah”.

Apabila Allah telah menetapkan bagimu untuk solat subuh berjemaah setelah engkau keluar masjid hadirkanlah perasaan gembira bahawasanya Allah dengan rahmatnya telah membangunkanmu dai tempat tidurmu dan menyebabkan engkau berdiri di hadapanNya dan membawa engkau bergerak menuju rumahNya (masjid). Inilah yang kita harapkan mereka yang apabila Allah inginkan kebaikan untuk mereka ditetapkan dan dimatikan di atas agama dan tidak ada kegembiraan yang lebih besar bagi seorang hamba selain kegembiraannya terhadap Islam.


Sebagaimana semua telah tahu bahawa seorang hamba itu mestilah bersyukur kepada Allah kerana menjadikanya seorang Muslim. Kita semua dengan rahmat Allah dilahirkan Muslim iaitu Allah memberi kita Islam tanpa kita memintanya maka semoga Allah mengurniakan kepada kita syurga tatakala kita memintanya


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.