Wanita Perlu Baca! Inilah 10 Tanda-Tanda Kanser Serviks Yang Ramai Tak Tahu. Mohon Kongsikan

Assalamualaikum



Pangkal rahim dialas oleh dua jenis sel. Jenis pertama melapisi bahagian luar pangkal rahim dan jenis yang kedua melapisi bahagian dalam serviks. Di antara kedua-dua jenis sel ini terdapat satu persimpangan yang dikenali sebagai zon transformasi atau zon pertukaran. 

Di kawasan inilah sampel untuk ujian PAP smear diambil kerana di sinilah biasanya berlaku perubahan yang dikenali sebagai displasia atau perubahan pra kanser dan terjadinya kanser. 

Kanser serviks boleh dikategorikan kepada empat peringkat, yang pada asasnya digunakan untuk menentukan jenis rawatan dan prognosis, adalah seperti berikut : 


PERINGKAT 0 
“Karsinoma in-situ” atau kanser peringkat awal yang ditemui di lapisan pertama pengalas sel serviks. Ia tidak lagi menembusi tisu-tisu serviks yang lain 

PERINGKAT I 
Sel-sel malignan yang tertumpu hanya kepada pangkal rahim dan belum lagi merebak 
PERINGKAT II 
Sel-sel kanser telah merebak dan melampaui pangkal rahim, melibatkan 1/3 dari bahagian atas faraj. 

PERINGKAT III Sel-sel kanser telah merebak ke bahagain pelvis dan 1/3 dari bahagian bawah faraj. 

PERINGKAT IV Telah merebak ke dubur, pundi kencing dan juga bahagian-bahagian lain dalam badan Kanser pangkal rahim merupakan kanser yang kedua yang paling biasa menyerang wanita di dunia, di mana 80% daripada kes-kes ini berlaku di negara-negara sedang membangun

Kadang-kadang penyakit kanser ini jarang menunjukkan sebarang simptom pada peringkat awal. Sampaikan bila dah teruk, kanser dah merebak ke pundi kencing, hati, usus dan paru-paru, baru lah kita disahkan ada kanser. Waktu tu dah terlambat untuk mengatasinya. 

Jadi, kita sebagai wanita, haruslah tahu akan perubahan yang berlaku pada badan kita, kerana kanser ini mempunyai peluang yang tinggi sekiranya dirawat pada peringkat awal. Dengan adanya ujian pap smear dan vaksin HPV sekarang ni, kanser serviks ini boleh dicegah dan dirawat pada peringkat awal. Sebab tu sekarang ni kerajaan telah menyediakan suntikan vaksin HPV secara percuma untuk mencegah kanser serviks ini. 

Boleh dkatakan penyebab kanser serviks disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai Human Papilloma Virus  (HPV). Antara penyebab yang mendorong terjadinya kanser serviks ini adalah termasuklah melakukan seks secara tidak selamat, seks secara rambang, berat badan berlebihan, penggunaan pil perancang, genetik, merokok, imuniti rendah, kehamilan berganda, dan kehamilan diusia muda. 

Dengan mengetahui tanda-tanda awal kanser serviks, anda ataupun orang yang anda sayang mempunyai peluang yang cerah untuk terselamat daripada terkena kanser serviks ini. Ketahui tanda awal kanser serviks ini supaya kita dapat mencegahnya sebelum terlambat. 

Tanda-tanda Awal Kanser Serviks

1. Pendarahan yang tidak normal berlaku keluar dari faraj
Pendarahan yang tidak normal ini boleh berlaku diantara tempoh haid (contohnya pendarahan banyak semasa haid, atau tempoh haid terlalu lama), selepas melakukan hubungan seks, selepas menopaus, dan selepas membuat pemeriksaan pelvik. Pendarahan ini mungkin berlaku kerana terdapat kapilari yang baru wujud yang tidak normal pecah dan menyebabkan pendarahan. 

2. Keluar cecair luar biasa melalui faraj
Antara tanda-tanda lain kanser serviks adalah apabila keluar cecair yang pucat, berair, mungkin berwarna coklat dan bercampur dengan darah keluar melalui faraj. Ditambah pula dengan lelehan cecair yang banyak, berbau dan  cecair yang keluar tidak tetap boleh menjadi petanda awal kanser serviks juga. Tapi harus dibezakan dengan cecair keputihan.

3. Berasa sakit ketika melakukan hubungan seks
Merasa sakit ketika melakukan hubungan seks juga merupakan salah satu tanda berlakunya kanser serviks. Kemungkinan kanser ini telah merebak ke seluruh tisu-tisu dan organ pembiakan. Dapatkan rawatan dengan doktor secepat mungkin.

4. Kesakitan pada pelvis
Sakit pada bahagian pelvis merupakan suatu benda yang biasa bagi kaum wanita sewaktu mengalami haid, akan tetapi, sekiranya kesakitan pelvis kerap berlaku, berlangsung dalam tempoh yang lama dan sering berlaku pada masa-masa yang luar biasa (contohnya pada tempoh tiada haid) ia boleh menjadi petanda awal kepada kanser serviks. 

5.  Merasa sakit ketika membuang air kecil
Antara ketidakselesaan sewaktu membuang air kecil termasuklah merasa terbakar, rasa pedih atau sensasi yang ketat ketika membuang air kecil. Gejala ini berlaku kerana kanser telah merebak ke tisu yang berdekatan. Akan tetapi tanda-tanda ini juga boleh dikaitkan juga dengan masalah lain seperti jangkitan salur kencing, masalah pundi kencing, jangkitan yis atau penyakit kelamin. 

6. Tempoh haid yang terlalu lama dan darah banyak keluar
Sekiranya tempoh haid terlalu lama dan darah banyak keluar tidak seperti sebelum ini, ia juga boleh menjadi petanda kepada kanser serviks. Adalah tidak normal sekiranya anda perlu menukar pad pada setiap 2 jam kerana darah yang keluar terlalu banyak. Akan tetapi pendarahan yang banyak ini juga boleh dikaitkan dengan masalah lain seperti masalah ketidakseimbangan hormon, fibroid, polip, endometriosis dam sebagainya. 

7. Hilang kawalan pada pundi kencing
Apabila seseorang itu dah tak boleh kawal untuk membuang air kecil, ia boleh menjadi petanda utama kepada masalah kanser serviks. Kebiasaannya mereka tidak dapat menahan air kecil yang keluar dan air kecil nya keluar berserta dengan darah.  Ini kerana kanser tersebut telah merebak di luar kawasan setempat dan memberi kesan kepada pundi kencing atau bahagian-bahagian lain pada saluran kencing. 

8. Kehilangan berat badan secara tiba-tiba
Apabila kanser mula menyerang badan kita, sistem imun dalam badan akan berkerja kuat untuk melawannya. Ketika ini badan akan menghasilkan protein kecil yang dikenali sebagai cytokines yang berkerja untuk memecahkan lemak dalam badan kita pada kadar yang tinggi dari biasa. Bila lemak dipecahkan, berat badan akan menurun dengan mendadak walaupun kita tidak berdiet ataupun bersenam. 

9. Selalu keletihan
Walaupun telah berehat pada kadar masa yang lama, pesakit kanser serviks tetap merasa keletihan kerana pada waktu ini sel darah merah akan digantikan dengan sel darah putih untuk melawan sel-sel kanser. Kekurangan sel darah merah boleh menyebabkan anemia yang membawa kepada keletihan dan tidak bertenaga sehinggalah menyebabkan kurang selera makan. Seterusnya menyebakan masalah kekurangan oksigen. 

10. Bengkak dan sakit pada kaki
Apabila kanser mula merebak, ia akan menghalang aliran darah dan menyebabkan pembengkakkan pada kaki. Akan tetapi bukan bermaksud apabila anda mengalami sakit kaki, anda terus dikaitkan dengan masalah kanser serviks, tetapi harus disertakan tanda-tanda awal yang lain seperti diatas. 

Sekiranya anda mempunyai 4-5 tanda-tanda seperti diatas, silalah berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan, supaya masalah kanser serviks ini boleh dirawat pada peringkat awal. Sangat lah disarankan untuk semua kaum wanita untuk mendapatkan suntikan HPV untuk mengurangkan risiko daripada terkena penyakit ini.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.