Assalamualaikum
First of all, aku nak cakap aku ni bukanlah baik sangat, setiap hari aku still buat dosa tak kiralah sama ada aku sedar atau tak, tapi aku cuba untuk jaga solat aku. Walaupun mungkin ada kalanya solat aku tu tak sempurna, susah nak khusyuk, lambat, kadang-kadang terlajak subuh dan sebagainya tapi aku tetap solat dan ganti balik kalau terlepas.
Tapi untuk confession kali ni aku bukan nak bercerita tentang aku tapi tentang abang aku untuk sama-sama kita ambil pengajaran dan mungkin juga boleh sedarkan orang yang yang sama waktu dengannya dekat luar sana.
Jujur aku cakap aku cerita ni bukan untuk buka aib dia tapi untuk dijadikan pengajaran pada orang lain.
Abang aku ni dah berkahwin beberapa tahun yang lalu dan telah dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat comel. Dia ni sebelum kahwin still jaga solat lagi cuma waktu subuh je memang liat. Kadang-kadang tu aku dengan mak aku kejut dekat setengah jam belum tentu bangun lagi.
Okeh kisahnye bermula begini..pada umur 28 tahun abang aku berkahwin dengan seorang perempuan yang cantik. Majlis kahwin tu dibuat sebelum zohor dan berganjak sampai selepas asar. Abang dan kakak ipar aku ni memang sama cantik sama padan tapi sayang solat zohor dan asar ditinggalkn dek kerana terlalu sayangkan make up dan sibuk melayan tetamu. Dah berkali-kali aku tegur dan ingatkan suruh solat tapi aku balik yang kena marah sebab tegur banyak kali.
Selesai saja majlis (sebelum zohor atau selepas asar aku tak ingat) abang dan kakak ipar aku keluar untuk buat photo shoot kahwin. Diorang solat atau tidak lepas buat photo shoot tu wallahu a’lam aku tak tahu.
Even waktu tu pun aku dah terfikir kalau waktu kahwin pun dah tak jage solat agak2 macam mane diorang ni waktu lepas kahwin nanti.
So after a few years of marriage, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Mia. Mia yang sangat comel menjadi kebanggaan mereka berdua. Dan perkara yang sering aku takuti sejak hari mereka berkahwin mula terjadi sejak Mia dilahirkan (or maybe before but i don’t know that). Abang dan kakak ipar aku mula liat untuk bangun solat subuh. Pada awalnya aku dan ahli keluarga yang lain cuba juga kejutkan mereka berdua untuk solat subuh tapi dah jadi laki orang + bapak budak takkan nak kena kejutkan lagi?
Sampai ke hari ni aku tak tahu dah berapa lama diorang tak bangun solat subuh (sebab rumah lain2). Mak ayah aku selalu juga pesan dekat diorang jangan lupa solat subuh tapi tulah masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kalau terbangun solat kalau tak tinggallah.
Nak dijadikan cerita, abang dengan kakak ipar aku ni takde pekerjaan tetap. Ade lah buat kerja part time sambil meniaga. Highlight dekat sini nak cari rezeki yang berkat amalan wajib jangan tinggal. Aku tengok diorang ni kerja serik meniaga sana sini tapi makin rugi adalah sampai kena pinjam duit dekat orang. Hai..entahlah aku doakan diorang berdua ni (dan aku sendiri) berubah dan dapat hidayah dari Allah.
Konklusinya kat sini aku nak pesan dekat semua muslim di luar sana, kalau yang belum kahwin tu tolonglah mantapkan agama dulu sebelum kahwin and kalau yang dah kahwin tu sama-samalah mantapkan iman korang. Jaga solat dan amalan wajib yang lain. Tak kiralah berapa banyak sedekah pun yang korang bagi, berapa banyak ayat pun yang korang amal, berapa banyak amalan sunat pun yang korang buat tapi kalau amalan wajib pun korang tinggalkan yang lain tu semue takde maknenye. Rezeki susah nak berkat like seriously.
And lagi satu pade yang nak kahwin tu, rancanglah majlis kahwin tu betul2 supaya takde amalan yang bercanggah dengan Islam dan paling penting jangan tinggal solat. Lagi bagus buat lepas isya’, settlekan solat semue lepas tu nak gembire sakan lantak koranglah tapi macam yang aku cakap tadilah suke suke jugak jangan sampai semue bende kau langgar. Faham?
Aku harap korang sentap.
Assalamualaikum.
– D
Hantar confession anda di sini -
Rezeki Sempit Kerana Terlajak Subuh
Unknown Assalamualaikum0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
Note: only a member of this blog may post a comment.