Jepun Akan Kerah Unit Tempur Mereka Sertai Amerika Ke Semenanjung Korea, Amaran Kepada Pyongyang
Unknown AssalamualaikumTOKYO: Pihak tentera Jepun dalam satu kenyataan telah merancang untuk menyertai unit tempur Amerika Syarikat, Carl Vinson ke Semenanjung Korea, lapor Berita Harian.
Penyertaan Jepun dengan pihak Amerika ini adalah sebagai amaran dan menghalang Pyongyang meneruskan ujian peluru berpandu pada masa depan.
"Jepun akan mengerah beberapa kapal tempur dan dua helikopter serta mengiringi armada Carl Vinson memasuki kawasan berhampiran perairan negaranya dan Laut China Selatan," kata sumber.
Pegawai tinggi Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun (MSDF) berkata, tindakan provokatif AS-Jepun itu mungkin mencetus kemarahan Beijing berikutan pertikaian wilayah dengan Tokyo mengenai beberapa pulau tidak berpenghuni berhampiran Taiwan.
Kementerian Luar Negara Korea Utara semalam dilapor mengutuk tindakan AS dan memberi amaran ia bersedia untuk berperang.
Pihak Korea Selatan pula melalui pemangku Presidennya, Hwang Kyo-ahn memberi amaran mengenai 'ancaman lebih serius' dari rejim Utara dan mengarahkan tentera negara itu untuk meningkatkan pemantauan dan komunikasi dengan Washington
BERITA ALAF 21
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
Note: only a member of this blog may post a comment.