Semakan Keputusan PISMP IPG 2017

Assalamualaikum

Semakan Keputusan IPG 2017 Online. Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (Maktab Perguruan) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2017 untuk calon guru lepasan SPM, serta ambilan khas untuk calon lepasan Unified Examination Certificate (UEC), Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Menengah Ugama (SMU).

Semakan Keputusan Permohonan PISMP ke IPG

Berikut adalah maklumat serta tarikh-tarikh penting berkaitan semakan keputusan bagi permohonan PISMP ambilan 2017.

 Semakan Panggilan Menduduki UKCG

Semakan secara online calon berjaya ke Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi PISMP boleh dibuat mulai 4 April 2017 jam 6:00 petang sehingga 14 April 2017 di pautan berikut:
https://pismp.moe.gov.my/
Pemohon dikehendaki membawa bersama borang panggilan UKCG semasa menghadiri ujian.
Ujian Kelayakan Calon Guru terdiri daripada 3 sesi - sesi ujian bertulis, sesi ujian kecergasan fizikal dan sesi ujian amali. UKCG akan diadakan pada 9 hingga 21 April 2017.

 Semakan Panggilan Temuduga PISMP 2017

Semakan nama calon berjaya untuk temuduga boleh dibuat secara online mulai 9 Mei sehingga 22 Mei 2017 di pautan berikut:
https://pismp.moe.gov.my/
Pemohon yang berjaya dikehendaki membawa bersama cetakan Surat Panggilan Temu Duga dan Borang Butiran Diri, serta Sijil Akademik / Kokurikulum semasa menghadiri temuduga.
Temuduga akan dilaksanakan pada 21 hingga 26 Mei 2017.

 Semakan Tawaran IPG Untuk PISMP 2017

Semakan nama calon berjaya diterima masuk ke IPG boleh dibuat secara online bermula 23 Jun jam 3:00 petang sehingga 10 Julai 2017 di pautan berikut:
https://pismp.moe.gov.my/
Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak surat tawaran sementara dan membawanya bersama semasa melapor diri di IPG yang ditetapkan. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas pendaftaran.
Tarikh lapor diri ialah 10 Julai 2017.
permohonan semakan ipg pismp
Sila layari laman web KPM (www.moe.gov.my) untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan.
Hubungi alamat atau nombor telefon berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 - 3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya, Selangor
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6693/ 6689/ 6627/ 6720/ 6733/ 6730/ 6731/ 6758/ 6760/ 6768/ 6769

Semoga maklumat permohonan program perguruan ini berguna buat lepasan SPM yang bercita-cita menjadi cikgu.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.