Batal Puasa : Memasukkan Sesuatu Ke Dalam Rongga

Assalamualaikum

Sebelum kita membicarakan tentang memasukkan sesuatu ke dalam rongga, maka kena tahu dulu apa yang dimaksudkan dengan rongga.. Apa yg selalu terlintas dalam kepala kalau kita dengar perkataan ‘rongga’? Kalau Ustaz Love, terus terbayangkan rongga hidung.. tak tau pasal apa.. hehe..
Rongga ni maksudnya lubang.. iaitulah lubang2 yg terbuka secara semulajadi, dan bukanlah lubang2 yang dibuat sendiri. Lubang2 itu ada kat anggota badan kita.. iaitu rongga hidung, mulut, telinga, qubul (lubang depan kemaluan) dan dubur (lubang punggung). Kalau lubang buatan (spt lubang telinga untuk letak subang dsb) ianya tak dikira.
Cuma, had lubang tu yg kena dipastikan.. bukan la korek hidung je terus batal.. sbb hadnya bukanlah rongga luar, sebaliknya rongga dalam.. Semasa berpuasa, dibenarkan untuk memasukkan air ke dalam rongga hidung, dengan syarat jangan terlampau dalam.. sehingga masuk ke dalam hidung dan bleh telan. Begitu juga dengan rongga mulut, bukanlah berkumur2 itu membatalkan puasa, sebaliknya melampau dalam berkumur2 sehingga air masuk ke tekak dan seterusnya ditelan itulah yg membatalkan puasa.
Begitu juga lubang2 yg lain..
Maka, mengorek hidung yg tak melampau (bukan mengorek sedalam2nya) tidaklah membatalkan puasa.. menggigit pen pun tak membatalkan puasa.. memasukkan pensel ke lubang hidung pun tak batal puasa..
Sebaiknya, aktiviti korek mengorek ini dilakukan waktu malam.. untuk lebih kepuasan.. hehe


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.