Desa Cattle Dairy Farm

Assalamualaikum


Sememangnya Desa Cattle Dairy Farm merupakan pusat pelancongan utama di  Kundasang Ranau, Sabah. Lokasi tempat ini adalah lebih kurang 6 km dari Pekan Kundasang dengan melalui Jalan Cinta Mata Mesilou. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini termasuklah melihat bagaimana pemprosesan susu lembu, memberi makanan kepada anak lembu dan kambing, melihat proses pemerahan susu lembu dan sebagainya. Anda juga boleh membeli susu lembu segar dan makan makanan atau produk berasaskan susu lembu di tempat ini.


 Selain itu, kawasan persekitaran yang mempersona dengan udara yang segar, nyaman dan sejuk menjadikan kawasan ini menjadi daya tarikan utama di Kundasang. Yuran masuk diperlukan bagi pelawat di pintu masuk utama. Biasanya, tempat ini amat sesak terutamanya pada waktu cuti sekolah.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.