Niat puasa sunat 6 syawal & puasa ganti / qada'

Assalamualaikum


Puasa qada adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat, jadi keduanya tidak boleh digabungkan. Jika mahu buat, ikut mazhab Syafie tetap dikira qada. Tak sempurna. Namun Tuhan tahu kita berpuasa dalam raya, insya-Allah. Apapun, lebih baik asing. (Jika puasa nazar tidak boleh disekalikan).

Niat puasa ganti / puasa qada' dalam rumi :  
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala

*sebut qada' - e , macam sebut 'an adae' dalam niat puasa di bulan ramadhan .
 *ramadona - dho adalah huruf dod - sebut d (dengan lidah menyentuh lelangit)

Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

ATAU

Lafaz niat puasa Qadha’ Ramadhan :

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala.


Ada baca satu artikel mengenai puasa ganti menyatakan "Jika anda berazam ingin melakukan qadha' puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat."

Walaupun ada yang mengatakan pelbagai pendapat tentang mana patut buat dulu antara qada dan sunat ini - namun pendapat umum ulama' mengatakan dibolehkan puasa sunat syawal dahulu baru puasa ganti kerana tempoh syawal adalah sebulan sahaja (apatah lagi jika waktu singkat dan terbatas). Puasa ganti dibolehkan sebelum menjelang ramadhan akan datang, namun elakkan bertangguh. Wallahua'lam.


PUASA ENAM SYAWAL

Puasa sunat enam syawal boleh dilakukan secara terpisah-pisah (6 hari selang) tetapi jika dilakukan secara berturutan ianya lebih afdhal.
Lafaz Niat puasa sunat enam syawal :
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ ِستَةٍ ِمنْ شَوَالٍ سُنَةً ِللَه تَعَالَي

Nawaitu sauma ghodin an sittatin min syawalin sunattan lillahi taala.“Sahaja aku puasa sunat enam di bulan syawal kerana Allah swt “.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).

Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Puasa Enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

****

Puasa Hari Putih

Maksud

Hari Putih ialah tiga hari pertengahan pada setiap bulandalam kalendar Islam iaitu 13, 14 dan 15 hari bulan. Pada hari-hari itu juga kita disunatkan berpuasa. Boleh juga dikatakan 'rehat setiap bulan' dengan memberi ruang rehat kepada perut kita dari memproses makanan dengan kerap.

Sesiapa yg *tidak ada puasa Qadha' Ramadhan*, dan ingin berpuasa sunat sempena Hari Putih, *inilah NIATNYA* pada setiap harinya itu:

نَوَيْتُ صَوْمَ الْأَيَّامِ الْبِيْضِ لِلَّهِ تَعَالَى

*Ertinya*: Sahaja aku puasa pada hari-hari Putih kerana Allah Taala

Atau

Sahaja aku puasa sunat hari ini kerana Allah Taala

Tetapi *jika ada Puasa Qadha' Ramadhan yg belum selesai*..

ATAU

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala.


* Tiada lafaz niat yang khusus bagi puasa sunat Isnin dan Khamis.
Bagi memudahkan, memadai berniat seperti di atas.


***

*Dilarang berpuasa pada ‘Hari Syak’ atau meragukan iaitu hari ke-30 Syaaban melainkan apabila bertujuan untuk puasa qadha (mengganti puasa Ramadhan sebelumnya), puasa sunnah, puasa kafarah (puasa melanggar sumpah) .

[ Tambahan :

Niat puasa sunat di bulan Rejab adalah seperti berikut

“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Rejab kerana Allah Taala” ]


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.