Tema dan Logo Hari Kebangsaan 2017

Assalamualaikum
Berikut dikongsikan tema dan logo sambutan Hari Kebangsaan tahun 2017 pada 31 Ogos 2017 yang merupakan tarikh cuti umum. Sebagai rujukan, dikongsikan juga maksud tema "Negaraku Sehati Sejiwa".

Tema Sambutan Hari Kebangsaan 2017

Tema Hari Kemerdekaan 2017 yang dipilih adalah "Negaraku Sehati Sejiwa". Tema 'Sehati Sejiwa' membawa maksud kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di Negara Malaysia. Selain itu ianya melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.

Pemilihan tema menurut Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak adalah bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu.

Antara lain pemilihan tema adalah untuk mendidik rakyat Malaysia betaa sukarnya dalam mencapai kemerdekaan. Rakyat perlu terus memastikan agar semangat bersatu padu dan muafakat terus dicapai dalam memastikan negara lebih gemilang.
Tarikh Dan Lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2017

Sambutan Hari Kebangsaan 2017 akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2017. Hari Malaysia pula akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 September 2017.
Tema : Negaraku Sehati Sejiwa
Logo :




logo Hari Kebangsaan 2017 negaraku sehati sejiwa
Lagu Rasmi Hari Kebangsaan 2017
Malaysia Sehati Sejiwa telah dipilih sekali lagi sebagai lagu rasmi untuk sambutan Hari Kemerdekaan 2017. Lagu Sehati Sejiwa juga merupakan lagu tema sambutan pada tahun 2015 dan 2016.

Untuk lirik lagu dan video Sehati Sejiwa klik LAGU TEMA

Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2017 kepada semua rakyat Malaysia. Semoga rakyat Malaysia akan terus bersatu untuk kemajuan negara pada masa hadapan yang cemerlang dan gemilang.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.