Faktor Utama Murid Ponteng Sekolah

Assalamualaikum
Dewasa kini, kes ponteng sekolah dalam kalangan pelajar kian meruncing. Terdapat banyak faktor-faktor murid ponteng sekolah. Kegiatan ponteng sekolah juga seringkali dikaitkan gejala social lain seperti vandalisme dan yang lebih teruk lagi pelajar terlibat dalam aktiviti gangsterisme, kumpulan kongsi gelap dan  penyalahgunaan dadah.





Faktor-Faktor Murid Ponteng Sekolah


Sikap Pelajar : Kurangnya minat terhadap pelajaran menyebabkan pelajar kurang berminat untuk datang ke sekolah sebaliknya lebih suka berhibur ketika sesi pembelajaran berlansung. Seperti yang kita tahu, pelajar yang suka berseronok lebih cenderung untuk ponteng kerana sesi pembelajaran di sekolah dianggap membosankan selain terkongkong dengan peraturan sekolah.Menurut kajian kaunseling, pelajar yang sering ponteng sekolah merupakan pelajar yang tergolong dalam pelajar yang mempunyai masalah disiplin.



Pengaruh Rakan Sebaya

Seperti yang kita tahu, kebanyakkan pelajar yang ponteng sekolah kebanyakkanya disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya amatlah kuat terutama sekali kepada golongan pelajar. Jika para pelajar di dikelilingi dengan kawan-kawan yang mempunyai masalah disiplin, mereka akan turut terjebak dengan pelbagai masah disiplin lain lagi seperti merekok, gejala penyalahgunaan dadah, vandalism, gengstarisme dan banyak lagi.



Sifat ingin mencuba yang tinggi membuatkan pelajar sesuatu yang baru menyebabkan mereka  senang terpengaruh dengan ajakan rakan-rajan mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa rakan sebaya mampu memberikan kesan baik atau negatif kepada anak-anak remaja waktu ini.



Pengaruh Teknologi



Seiring dengan perkembangan arus perdana, pelajar-pelajar kini juga terdedah dengan kesan positif dan negatif teknologi terkini. Salah satu contohnya ialah pengaruh media elektronik terhadap pelajar. Dengan perkembangan teknologi seperti telefon pintar, permainan video dan internet, pelajar semakin ketagih dengan video dan internet menyebabkan mereka sanggup meluangkan masa dengan pergi ke pusat siber untuk melayari internet dan bermain permainan video berbanding ke sekolah.



Faktor keluarga

Kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan ibu bapa yang berpendapatan rendah kurang memberikan penekanan mengenai aspek pembelajaran sekolah. Kos tambang ke sekolah, pemberian duit poket, yuran sekolah, yuran kokurikulum dan bayaran lain di sekolah menyebabkan ibu bapa yang berpendapatan rendah terbeban dengan bayaran tersebut. Kebanyakkan ibu bapa yang mempunyai pendapatan rendah lebih mementingkan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan sebagainya berbanding membiayai persekolahan anak mereka. in juga menyumbang kepada Faktor-Faktor Murid Ponteng Sekolah.

 Faktor Guru

Guru yang garang, suka mendenda, mengeluarkan kata-kata kesat, mengenakan peraturan dan disiplin yang ketat juga merupakan faktor-faktor murid ponteng sekolah

Kaedah pengajaran guru yang membosankan juga merupakan pelajar untuk ponteng ke sekolah. Kadang kala, tugasan atau kerja rumah  yang terlalu banyak juga boleh menyebabkan untuk tidak datang ke sekolah. Pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah mereka akan ponteng kerana mereka takut untuk didenda disebabkan kesalahan mereka itu.





0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.