10 CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI PAK-21

Assalamualaikum


Pembelajaran abad ke-21 merupakan elemen penting dalam PPPM,iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Pembelajaran Abad 21 kini menjadi isu pendidikan paling trendingdi Malaysia untuk tahun 2015 hingga tahun 2017 ini.

Pelaksanaan berperingkat bermula daripada penyediaan bilikkelas, susunatur dan keperluan fizikal dalam bilik darjahabad 21, kemudian diteruskan dengan penyediaan rancanganmengajar dan pelaksanaan P&P Abad 21.

Sebagai seorang guru, adalah menjadi tanggungjawab pentingdalam melengkapkan diri dengan pedagogi-pedagogi terkini.

Berikut adalah contoh-contoh aktiviti pembelajaranberasaskan Pembelajaran abad ke-21.

1. Round Table

 2. Think-Pair-Share

3. Hot Seat

4. Deklamasi Sajak/ Nanyian

5. Pembentangan Hasil Sendiri

6. Role Play

7. Gallery Walk

8. Three Stray, One Stay

 9. Lain-Lain

10. Peta i-Think 

Ringkasan daripada aktiviti pembelajaran PAK-21

 1. Round Table

• Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satutopik.

 • Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu ideadengan menggunakan pen dan kertas yang sama.

• Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.

• Sesuai untuk murid tahap dua sekolah rendah dan murid sekolahmenengah 

2. Think-Pair-Share

• Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalamjangkamasa tertentu.

• Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan.

 • Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhankelas.

3. Hot Seat

• Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian(secara individu atau kumpulan).

 • Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan danmenjadi 'pakar'.

 • 'Pakar' tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkanoleh murid lain.

 4. Deklemasi Sajak / Nyanyian

• Murid diberi masa untuk membuat persediaan dalamkumpulan.

• Guru memberi tajuk dan murid boleh mengubahsuai mengikutkreativiti dan kesesuaian.

• Murid membuat persembahan di hadapan kelas.

5. Pembentangan Hasil Sendiri

 • Murid diberi tajuk dan membuat pembentangan untukmempersembahkan hasil dapatan.

• Murid boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuatpembentangan.

6. Role-Play

• Murid diberi peranan dan watak.

• Murid diberi masa untuk membuat persediaan.

 • Murid membuat persembahan dengan memainkanperanan.

7. Gallery Walk

 • Aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasildapatan.

 • Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat olehkumpulan lain.

• Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lainpada sticker note dan menampalnya di atas hasil kerjatersebut.

8. Three Stray, One Stay

 • Kaedah alternatif pembentangan kumpulan.

• Hasil kerja ditampal.

 • Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberipenerangan.

• Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat danmenyoal hasil kumpulan lain.

廣告-請繼續往下閱讀


9. Peta i-Think

 • Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjanaidea murid.

• Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuatkajian dan dipersembahkan dalam bentukgrafik. 

Semoga perkongsian ini membantu para guru dalam menjayakanPAK-21 di dalam sekolah.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.