Modul 200 soalan pemerhatian dan inferens

Assalamualaikum


Mahupun soalan kertas 2 sains upsr telah berubah formatnya, namun soalan berbentuk kemahiran proses sains iaitu penyiasatan eksperimen masih akan disoal dalam kertas peperiksaan ini.

Soalan KPS ini akan diuji kebiasaannya pada soalan ketujuh dan kelapan dalam kertas peperiksaan tersebut.

Antara item yang disoal adalah berkenaan dengan pemerhatian dan inferens.

Modul Pemerhatian dan Inferens sebanyak 200 soalan yang dikumpulkan termasuk soalan-soalan upsr yang lalu.

Berikut merupakan contoh soalan pemerhatian dan inferens.

Berdasarkan pemerhatian yang dipilih, nyatakan dua inferens (sebab) tentang perbezaan antara tumbuhan dalam bekas X dengan tumbuhan dalam bekas Y. (UPSR 1999)

Pemerhatian:

Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada bilangan tumbuhan dalam bekas X.
Saiz tumbuhan dalam bekas Y lebih besar daripada saiz tumbuhan dalam bekas X.

Contoh Jawapan:

Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada bilangan tumbuhan dalam bekas X kerana tanah dalam bekas Y lebih subuh daripada tanah dalam bekas X. //

Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada bilangan tumbuhan dalam bekas X kerana tumbuhan dalam bekas Y mendapat air yang mencukupi berbanding tumbuhan dalam bekas X. //

Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada bilangan tumbuhan dalam bekas X kerana tumbuhan dalam bekas Y mendapat baja yang mencukupi berbanding tumbuhan dalam bekas X. //

Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada bilangan tumbuhan dalam bekas X kerana tumbuhan dalam bekas Y mendapat cahaya matahari yang mencukupi berbanding tumbuhan dalam bekas X. //

Bilangan tumbuhan dalam bekas Y lebih banyak daripada bilangan tumbuhan dalam bekas X kerana tumbuhan dalam bekas Y bakanya lebih baik berbanding tumbuhan dalam bekas X.

Boleh klik pada pautan di bawah untuk soalan dan sedikit nota tips dan panduan

Modul 200 soalan pemerhatian dan inferens

Semoga bermanfaat kepada guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.