Dua Musim Serentak, Salji Di Bulan April Cipta Pemandangan Luar Biasa Tembok Besar China

Assalamualaikum


Pada kebiasaannya, negara yang mempunyai empat musim akan mengalami salji pada bulan Disember sehingga Februari. Namun di China, untuk pertama kalinya selepas 30 tahun, negara tersebut ‘dituruni’ salji pada bulan April tahun 2018. Dan tahun ini, ia berulang kembali apabila kawasan di Utara China sekali lagi dilanda salji pada pulan April.

Ia berlaku di Beberapa tempat di Utara China seperti Beijing dan Baoding yang dapat merasai situasi menarik tersebut. Salji berat dikatakan turun walaupun pada musim bunga. Pemandangan menakjubkan terlihat dari atas menyaksikan Tembok Besar China juga telah dilitupi salji. Ia memberi gambaran yang cukup luar biasa di mana satu tempat boleh mengalami dua musim serentak.

Ini antara gambar terbaru Tembok Besar China yang begitu memukau pandangan. Pohon berbunga ditutupi oleh butiran salji ternyata menyerlahkan lagi suasana indah itu.

Gambar : CGTN Official


Gambar : CGTN Official

Gambar : CGTN Official

Gambar : CGTN Official


Kawasan Gunung Baishishan di Baoding, wilayah Hebei Utara China juga dipenuhi dengan salju yang memutih.

Gambar : China Daily

Gambar : China Daily

Gambar : China Daily

Gambar : China Daily


Sumber :  China Daily,  CGTN via siakapkeli


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.