Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum
Berikut disertakan doa penerang hati dan doa-doa ketika menuntut ilmu termasuk doa ketika menghadapipeperiksaan. Doa-doa ini boleh dijadikan panduan dan amalan kita semua sebelum menuntut ilmu atau belajar. Kepada adik-adik kami yang bakal atau sedang menghadapi ujian atau peperiksaan sekolah, semoga selalu dimudahkan oleh Allah. 



Panduan Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan.

Mulakan setiap usaha dengan Basmallah

بسم الله الر حمن الر حيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Doa Penerang Hati Dan Doa Menuntut Ilmu

a) Doa Penerang Hati

اَللَّهُمَّ نَوِّرْ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ كَمَا نَوَّرْتَ ﭐلأَرْضِ بِنُوْرِ شَمْسِكَ أَبَدًا بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ


Terjemahan: “ Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya, Ya Allah Yang Maha Mengasihani. ”
  

b) Doa Pembuka Hati

اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَقِنِيْ شَرَّ نَفْسِيْ


Terjemahan: “ Ya Allah, berikan aku petunjuk dan peliharalah aku dari kejahatan sendiri. ”


c) Doa Mengulangkaji Pelajaran

اَللَّهُمَّ أَخْرِجْنِيْ مِنْ ظُلُمَاتِ ﭐلوَهْمِ وَأَكْرِمْنِيْ بِنُوْرِ ﭐلفَهْمِ وَﭐفْتَحْ عَلَيَّ بِمَعْرِفَتِكَ  وَسَهَّلْ لِيْ أَبْوَابَ فَضْلِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ 


Terjemahan“ Ya Allah, jauhilah aku dari kebingungan, muliakanlah aku dengan cahaya ilmu dan pengertian, bukakanlah kepadaku makrifat-Mu, dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih.”

d) Doa Sebelum Belajar

اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ


“ Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”

 e) Doa Sedang Belajar

اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا فُتُوْحَ ﭐلعَارِفِيْنَ وَارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّـيْنَ وَإِلْهَامَ ﭐلمَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحمِيِْنَ


“ Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif , Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”                               

f) Doa Selepas Belajar

اَللَّهُمَّ إِنِِِّيْ أَسْتَوْدِعُكَ مَا عَلِمْتَنِـيْهِ فَارْدُدْهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ وَلاَ تَنْسَنِيـْهِ يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

“ Ya Allah, aku pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah semula kepadaku jika aku memerlukannya dan janganlah Engkau buat aku melupainya, Wahai Tuhan Yang Sekalian Alam. ”

g) Doa Mohon Diberi Kecerdasan Berfikir

اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَأَعِذْنِى مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ


“ Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah dari kejahatan nafsuku.”

h) Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan

رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْلِيْ أَمْرِيْ


“ Ya Allah, Lapangkanlah dada(jiwaku) dan permudahkanlah urusanku.”

i) Doa Sebelum Membaca Al-Qur’an

اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيَّ حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيَّ مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ وَذَكِّرْنِيْ مَا نَسِيْتُ يَا ذَا ﭐلجَلاَلِ وَﭐلإِكْرَامِ


“ Ya Allah, bukakanlah hikmah-Mu kepadaku dan cucurkanlah Rahmat-Mu untukku, serta ingatkanlah aku tentang apa yang aku lupa, Ya Allah Yang Maha Mempunyai Kemuliaan. ”

 

j) Doa supaya Dijauhkan Dari Sifat Malas, Bakhil Dan Pengecut

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنْ وَأُعُوْذُبِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلْ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ


“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung padaMu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”

 

k) Doa Supaya Beroleh Ilmu Yang Bermanfaat

اَللَّهُمَّ إِِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ , وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ , وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ , وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ لَهاَ  


“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yanh tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”

 

l) Doa menuntut Ilmu Pengetahuan

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا بَدِيْعُ السَّمَٰوَاتِ وَالأَرْضِ يَا ذَالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ يَا ﷲُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْـأَلُكَ أَنْ تُحْيِيَ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِـيْنَ


“Ya Allah, Tuhan Yang Maha Hidup yang Berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan Yang Maha Besar dan Maha Mulia, Ya Allah, Tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada-Mu semoga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah-Mu, Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih dan Penyayang.”

 

m) Doa Dimudahkan Faham Dan Hafal Pelajaran ( Surah Al-Anbiya’: ayat 79)

فَفَهَمْنَاهاَ سُلَيْمَانَ وَكُلاَّ اَٰتَيْناَ حِكْماً وَعِلْمً وَسَخََّرْناَ مَعَ دَاوُدَالجِْبَالَ يُسَّبِحْنَ وَالطَّيْرِ وُكناَّ فَاعِلِيْنَ , وَ ياَ حَيُّ يَا قَيُّومُ ياَ رَبَّ مُوسَىٰٰ وَهَارُوْنَ وَرَبَّ إِبْرَاهِيْمَ وَياَ رَبَّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ (صلى الله عليه وسلم) عَلَيْهِمْ أَجمْـَعِيْنَ , اَللَّّهُمَّ ارْزُقْنِيَ الفَهْمَ وَالعِلْمَ وَالحِكْمَةً وَالعَقْلَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَاحِمِيْنَ



“ Kami fahamkan Sulaiman akan dia, dan masing-masing kami berikan hukum dan ilmu, kami tundukkan gunung-ganang dan burung kepada Daud, dan semuanya itu Kamilah yang membuatnya. Ya Allah, Tuhan Musa dan Tuhan Harun, Tuhan Ibrahim dan Tuhan sekalian makhluk, berilah aku rezeki, faham ilmu dan hikmah, dan fikiran dengan-Mu, Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih.”

Sumber - UTM 

Juga dikongsikan DOA PERHIMPUNAN PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN SPM yang dikongsikan dari JPN Perak
doa peperiksaan

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami,  dosa  saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa  guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.


Ya Allah Ya Ghofur Ya Raouf
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.


Ya Allah Ya Ghani Ya Hamid
Hari ini kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah dan permudahkanlah untuk kami menjawab kertas peperiksaan SPM bagi matapelajaran ……………………………………. sebentar lagi. Jauhilah kami daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati kami untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.


Ya Allah, Ya Tuhan Kami
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun ini. Makbulkanlah permintaan kami agar dapat mencapai  sasaran ……………………………. bagi kualiti dan  …………………………….bagi kuantiti sekolah kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, sebagai pembuka jalan untuk kami  menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri  kepada Mu. Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. 


Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim
Perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha memakbulkan doa doa kami Ya Allah……..

doa penutup


Semoga perkongsian Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan ini bermanfaat buat semua.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.