Pisang Goreng Cheese Meleleh

Assalamualaikum

Pisang Goreng Cheese kini semakin menjadi tarikan. Dahulunya masakan tradisional ini dihidang bersama sos kicap, kini dimakan bersama cheese. Selamat mencuba!

Bahan-bahannya :

(**)Pisang nipah secukupnya
(**)Cheddar cheese secukupnya
(**)Coklat susu secukupnya

Bahan-bahan Batter :

(**)1 cawan tepung beras cap teratai
(**)2/3 cawan air (kurang lebih)
(**)1/2 camca teh garam
(**)1 biji telur
(**)Beberapa titik pewarna kuning makanan

Cara-caranya :

1.Bancuh semua bahan2 untuk batter, kecuali air. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk.Ketepikan.
2.Sementara itu pisang dibelah 2 setiap satu, ini bergantung pada ketebalan dan saiz pisang yang anda guna. 
3.Panaskan minyak untuk menggoreng, celup pisang dalam adunan batter dan masukkan perlahan ke dalam minyak panas.
4.Goreng pisang hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Buat hingga siap.
5.Ambil beberapa keping mengikut kuantiti yang anda perlukan dan susun dalam pinggan sesuai.
6.Parutkan keju cheddar secukupnya atas pisang goreng tadi dan juga sedikit parutan coklat susu.



loading...

0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.