Tips Temuduga SPP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Assalamualaikum
FAQ Temuduga SPP

Temuduga SPP , Pegawai Perkhidmatan Pendidikan merupakan temuduga yang penting untuk guru-guru kerana seseorang guru itu akan dinilai dan seterusnya diberikan lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) . Bagi calon-calon yang ingin memohon jawatan tetap sebagai Guru DG41 , permohonan temuduga hendaklah dibuat di laman sesawang JobMalaysia .

 Bagaimana temuduga ini dijalankan?

Selepas anda dipanggil untuk ke temuduga SPP, anda perlu hadir ke tempat temuduga dengan membawa dokumen yang lengkap berdasarkan senarai semak yang telah ditetapkan

Berapa orang akan masuk ke dalam bilik temuduga?

Kebiasaannya, temuduga SPP akan dijalankan secara berkumpulan. Seramai 5-6 orang akan masuk secara serentak. Cara jawab soalan temuduga pula hendaklah mengikut arahan yang ditetapkan oleh penemuduga. Kebiasaanya ada 2 orang penemuduga, seorang dari warga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, dan seorang dari KPM atau JPN atau mungkin juga pensyarah dari IAB atau IPGM.

 Bagaimana jawapan yang diperlukan?

Soalan yang diajukan adalah secara individu. Untuk menjawab soalan yang diajukan, anda harus menjawab apa yang ditanya sahaja. Berilah jawapan yang tepat dan padat. Jangan menjawab soalan ketika orang lain sedang ditanya.

Adakah memerlukan huraian yang panjang?

Tidak perlu menjawab dengan huraian yang panjang lebar kerana pihak penemuduga hanya inginkan jawapan yang tepat dan padat.

 Apa nak buat jika tidak tahu menjawab soalan yang diajukan?

Sebenarnya jawapan yang dikehendaki oleh penemuduga adalah jawapan yang tepat sahaja. Oleh itu, pastikan anda membuat ulang kaji sebelum menghadiri temuduga

Berapa soalan yang akan ditanya dan berapa lama bagi satu sesi?


Kebiasaanya soalan yang akan ditanya tidak melebihi 10 soalan, dan minima 7 soalan, tapi ini bergantung kepada penemuduga. Biasanya, setiap sesi mengambil masa dalam 40-90 minit.

Pakaian Semasa Temuduga




Guru juga dikehendaki membawa Buku Rancangan Pengajaran semasa praktikum untuk sesi temuduga.



Contoh-contoh Soalan Temuduga

Apakah nama jawatan yang anda temuduga ini?

Apakah kaedah yang anda gunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?

(Soalan ini boleh dikatakan wajib, setiap calon perlu huraikan satu kaedah yang digunakan dalam pdp. Oleh itu, ulangkaji ilmu pendidikan supaya bersedia dengan jawapan dan teori yang betul.)

 Apakah yang anda faham mengenai Falsafah Pendidikan Negara?


 Apakah maksud KSSR, LINUS, 1M1S?



Apakah MBMMBI (Download PDF MBMMBI), PBS, SAPS dan SPPBS?

 Apakah yang anda faham tetang Sekolah Berprestasi Tinggi?

 Apa itu NKRA Pendidikan?

 Apa itu Pelan Strategik Interim?

 Apa itu RMK 10 Pendidikan?


Soalan-soalan lain yang berkaitan dengan kursus anda: Contoh bagi KPLI dan j-QAF, "Apakah peranan guru j-QAF dalam membangunkan modal insan?"

 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Kementerian Pelajaran Malaysia telah digabungkan dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan ditukar nama ke Kementerian Pendidikan Malaysia.

 Barisan Kabinet 2016


 Bagi calon j-QAF perlu juga faham: Modul j-QAF 15 Isu PBS 16 MMI

Semua calon disarankan supaya berpakaian kemas semasa menghadiri temuduga. Pastikan semua dokumen telah disahkan oleh pegawai yang berlayak. Semoga berjaya!



0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.