Saya bukanlah merupakan seorang yang dapat menangkap pelajaran dengan cepat, jadi saya perlu tekun dan mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu topik.

Assalamualaikum

CYBERJAYA 12 Okt. Minat yang begitu mendalam pada bidang multimedia dan sifat tidak mudah putus asa menjadi resipi kejayaan pelajar cemerlang Kolej Multimedia (MMC), Asyraf Azmin.

Pelajar jurusan Diploma Multimedia berusia 22 tahun itu berkata, kedua-dua sikap berkenaan amat diperlukan bagi membolehkan dirinya sentiasa bersedia menghadapi cabaran ketika belajar.

Saya bukanlah merupakan seorang yang dapat menangkap pelajaran dengan cepat, jadi saya perlu tekun dan mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu topik.

Meskipun begitu, saya tidak cepat berputus asa sebaliknya terus bertanya kepada pensyarah, katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesyen ke-15 MMC di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU), di sini hari ini.

Pelajar berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu adalah antara 954 graduan yang menerima diploma masing-masing dalam majlis konvokesyen tersebut.

Asyraf yang berjaya mendapat purata nilai gred keseluruhan (CGPA) 3.95 dalam pengajiannya berkata, kejayaan itu juga disebabkan dorongan daripada kedua-dua ibu bapanya.

Pada mulanya keluarga saya tidak begitu menggalakkan saya memilih bidang multimedia ini.

Tetapi setelah melihat kesungguhan saya dalam bidang ini, mereka beralih arah dan memberi sokongan kepada saya untuk terus berjaya, kata bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi itu.

Pencapaian Asyraf yang seimbang dalam bidang akademik dan kokurikulum telah melayakkan beliau menjadi penerima Anugerah Bestari.


Beliau yang kini bekerja sebagai Pembantu Pengaturcara dengan Telekom Malaysia Berhad bercita-cita menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.




loading...

0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.