Kementerian Pendidikan kumpul maklumat format PBS untuk ganti UPSR

Assalamualaikum


BATU PAHAT: Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diperkenalkan dalam tempoh kurang daripada lima tahun dengan persetujuan semua pihak.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pandangan dan maklum balas melalui siri rundingan akan bermula tahun hadapan dan dijangka mengambil tempoh selama enam bulan.

Jelasnya, kajian yang dijalankan melalui pejabat pendidikan daerah di setiap negeri akan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk ibu bapa dan warga pendidik.

Perlaksanaan PBS katanya, akan mengurangkan beban murid kerana kejayaan tidak diasaskan kepada peperiksaan semata-mata.

"Dalam pentaksiran berasaskan sekolah, sekarang yang kita buat PT3, dan sepatutnya UPSR juga kena buat pentaksiran berasaskan sekolah. Apa yang hendak ditafsirkan di sekolah itu bukan hanya semata-mata dalam akademik.

"Sekarang ini, kalau hendak akademik, bagi akademik sahaja. Kamu letak akademik 5A, 6A, itulah penilaian kepada kejayaan murid tetapi sebenarnya penilaian itu ada tiga benda lagi di dalam akademik.

"Akademik satu, yang kedua menilai dari segi dipanggil Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), kemudian ada sikometeik," ujarnya.
Jelasnya, penilaian lengkap merupakan prestasi seseorang murid yang mempunyai akademik, kokurikulum, sukan dan sahsiah diri yang baik.

Mahdzir berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan program kembali ke sekolah Parlimen Parit Sulong anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat pada Jumaat.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.