Semua Benda Pun Saya Buat Sorang-sorang. Nak Harapkan Awak?

Assalamualaikum


Jadi trend di laman media sosial di mana pasangan suami isteri sering menjadikan laman-laman page di Facebook sebagai medium untuk menceritakan perihal rumah tangga mereka. Menggunakan status anonymous di Facebook di mana identiti-identiti pengirim ini dirahsiakan sebelum pengalaman mereka dikongsi untuk tatapan netizen-netizen semua.Sebelum ini, jadi tular di Facebook mengenai luahan seorang suami yang berkongsi kisah beliau ditinggalkan oleh isteri beliau disebabkan terlampau membiarkan isteri beliau berdikari tanpa mendapat perhatian dan bantuan daripada dirinya yang bergelar suami.

Terbaca luahan suami beliau di Facebook baru-baru ini, si isteri kali ini menulis confession sebagai respons kepada apa yang ditulis oleh suami beliau sebelum ini.

Huh kantoi?
Mula-mula, saya nak minta maaf sebab lari tinggalkan awak. Sudah sebulan lebih kan? Tapi awak langsung tidak datang rumah keluarga saya di Johor untuk ambil saya semula. Call, Whatsapp? Haih. boleh dikira dengan jari saja. Kalau betul-betul awak pujuk saya, bukan macam tu caranya.

Awak cakap saya kantoi curangkan? Kantoi pun sebab lelaki tu telefon saya untuk bertanya khabar. Saya jumpa dia pun dua kali saja. Pertama masa dia tolong waktu kereta rosak dan kedua, saya terserempak di shopping mall dan lepas itu saya tidak pernah langsung jumpa dia. Dia hanya call saya sesekali untuk tanya khabar. Tapi terpulang pada awak nak cakap curang ke apa. Sebab hati saya ini lagi sakit bila terfikirkan perangai sambil lewa awak itu.

Saya sorang-sorang…
Disebabkan masa tu awak di sebelah saya, itulah peluang saya untuk beritahu pada awak (konon nak bagi awak cemburu) yang ada lelaki lain sudi nak tanya khabar saya. Awak?  Hampeh! Untuk pengetahuan semua, lelaki itu memang sangat baik, untunglah siapa yang kahwin dengan dia nanti. But, definitely not me. Meskipun dia baik selalu call saya hanya untuk tanya khabar, tetapi sayang, cinta dah kasih saya hanyalah untuk suami saya. Tidak berniat langsung untuk curang. Saya cuba faham kerja suami saya sebagai seorang anggota polis sangat sibuk. Siang sibuk di pejabat, mesyuarat sana sini. Malam pula kena operasi sana sini. Bila masa nak dapat belaian seorang suami? Saya pendam sorang-sorang.

Awak tidak pernah marah bila saya periksa telefon awak, tapi bila saya bagi telefon saya awak tak mahu tengok pun. Then disebabkan satu panggilan telefon dari lelaki itu, awak mengamuk marah-marah saya. Bila saya luahkan isi hati, awak macam terpinga-pinga. Tidak sedarlah awak selama ini awak begitu sambil lewa biarpun saya uruskan semua benda sorang-sorang?

Keluarga awak, walaupun dekat, tapi tak ambil tahu sangat pasal saya. Saya setiap minggu data jumpa mereka pun macam kunjungan tidak diundang, tetapi saya tetapi datang setiap Jumaat dan tidak pernah miss bawa buah tanga. Saya bagi duit belanja pada mak, ayah dan adik-adik. Bila ajak balik Johor, macam-macam alasan awak. Saya nak pergi naik bas awak kata tak manis dan malu pada papa saya.

Masa saya hamil, saya menangis setiap malam, saya muntah morning sickness sorang-sorang. Tayar kereta pancit, saya pam sendiri. Mentol terbakar, saya ambil tangga, panjat dan tukar sendiri. Saya tidak harapkan ehsan jiran, walaupun jiran saya sangat baik. Saya pergi checkup sorang-sorang. Lepas balik checkup awak tak tanya keadaan anak kita. Saya scan gender sorang-sorang. Bila beritahu awak it’s a girl, awak ucap syukur pun dah buat saya happy nak melompat-lompat. Bila kaki makin bengkak, saya urut kaki sendiri. Apa-apa yang saya mahu makan, saya pergi cari sendiri. Cuma saya cuma tidak laksa Johor. Tetapi alhamdulillah, Allah mudahkan saya bersalin secara normal tanpa koyak dan jahit dengan berat baby 3.25kg hanya dalam masa sejam di labour room. Mungkin ini balasan Allah sebab dia tahu betapa sengsaranya saya bawak perut uruskan macam-macam seorang diri.

Cuba jadi isteri yang baik
Oh rupanya yang selama ini saya tag-tag awak di Facbeook awak tak baca langsung lah? Aawak tahu tak betapa gembiranya saya bila saya dapat like dari awak? Nak tunggu awak komen? Memang harapanlah. Tapi hampeh, awak tak baca. Patutlah, saya ada tag satu pos pasal “Apa yang suami perlu lakukan ketika isteri mengandung” saya tunggu malam tu untuk awak urut kaki saya tap takde. Saya pu pelik, saya fikir mungkin awak tidak ingat awak like pos tersebut. Saya tag ” Cara nak hidup bahagia” pun tiada apa-apa perubahan dari awak, walaupun awak sudah like. Saya biarkan, sebbab saya bukan jenis yang meminta.

Lepas awak habis training dan awak makin sibuk. Saya pula semakin sarat 8 bulan lebih. Tapi awak langsug tidak tanya pasal persediaan barang baby. Allahu sedihnya masa tu. Bila saya mintak izin nak pergi shopping barang baby awak izinkan. Tapi sebenarnya saya nak pergi dengan awak. Saya gagahkan juga seorang diri walaupun kaki tengah bengkak. Kebetulan, saya terjumpa lelaki yang tolong sy masa kereta rosak. Dia tanya pasal awak, saya cakap awak outstation. Saya langsung tidak pernah burukkan awak, apatah lagi cerita kesedihan saya kepada dia. Dia yang tolong angkut beg-beg shopping ke dalam kereta. Balik shopping, awak tak tengok pun barang-barang yang saya beli. Hampeh!

Dia pun nampak perut saya memboyot, walaupun saya cantik, takkan lah saya sampai tak tau hukum menduakan suami. Saya sangat menjaga maruah saya sebagai seorg isteri. Pergaulan di pejabat pun saya jaga.

Tolonglah faham
Lepas bersalin, saya berpantang dengan mak pun awak jarang datang tengok. Nasib saya tidak meroyan. Tapi bila saya dah habis pantang dan mula kerja.. Lagi sekali saya uruskan bayi sorang-sorang. Pergi cucuk bayi pun sorang-sorang. Hantar pergi babysitter pun sorang-sorang, sampai babysitter tertanya-tanya. tidak pernah nampak pun ayah Saffiya ini. Jadi semakin hari, saya rasa tidak diperlukan awak lagi. Awak tolonglah faham dan jangan tuduh-tuduh sahya curang. Sepanjang di kampung ini, saya tidak pernah contact mana-mana lelaki. Saya tidak sunyi. saya tidak perlukan simpati lelaki, saya tidak terdesak untuk cari lelaki lain. Saya kan wanita besi, apa ada hal.

Dulu saya perlukan kasih sayang awak. Duit nafkah RM400 awak tu saya simpan untuk anak kita, sebab saya pun ada gaji sendiri. Tapi awak langsung tidak peduli, awak kira nafkah duit tu sudah memadai. Silap saya tidak reti meminta itu ini. Tapi itu yang awak suka sebab awak cakap saya bukan jenis mengikis. Sampai nak mintak kasih sayang sikit pun saya tidak pandai.

Saya tidak suka anggap diri saya ini wanita besi. Benar, saya memang boleh buat seorang diri, tapi saya nak sangat buat sama-sama dengan awak. Hari minggu, nak juga saya, awak dan Safiyya jalan-jalan. Tidak pergi shopping pun tidak mengapa, asalkan jalan sebelah awak. Ini saya juga yang tolak stoller sorang-sorang pergi beli barang dapur. Tapi saya tidak pernah abaikan tanggungjawab saya. Saya sedikan pakaian, makan minum awak. Saya sentiasa persiapkan diri untuk bagi nafkah batin setiap kali awak meminta dan tidak pernah pun saya menolak bukan? Tapi awak tidak pernah nampak apatah lagi hargai semua itu.

Berikan saya masa
Sekarang, saya sangat perlukan masa untuk kembali kepada awak. Biarkan saya buat solat istikharah dulu ye. Awak pegilaj operasi awak tu. Saya ok je kat kampung ini. Saya rasa nak berhenti kerja dan duduk di Johor saja.  Saving saya pun banyak, bolehlah buat modal untuk berniaga kecil-kecilan. Alah, bagi tahu awak pun bukannya awak hirau pun. Tapi saya yakin, awak pun boleh hidup tanpa saya disisi. Kehidupan awak pun tak unah macam orang bujang walaupun awak tiada mana-mana skandal sebab saya memang selalu cek telefon.



loading...

0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.