Peta lakar tugasan kerja kursus Geografi PT3 2017

Assalamualaikum



MAKLUMAT PANDUAN DAN CARA BUAT PETA LAKAR KERJA KURSUS TUGASAN GEOGRAFI PT3 2017
Definisi Peta secara ringkasnya adalah suatu gambaran atau lukisan yang menunjukkan sesuatu kawasan di permukaan bumi yang memaparkan maklumat taburan ciri Geografi iaitu Ciri Fizikal dan Ciri Budaya sebagaimana dilihat dari udara
Ciri-Ciri Asas Peta Lengkap
Untuk menghasilkan sebuah peta yang lengkap mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut
Nombor 1Tajuk Peta
Nombor 2Bingkai Peta
Nombor 3Petunjuk Peta
Nombor 4Petunjuk Arah Utara
Nombor 5Simbol
Nombor 6Ciri-ciri Geografi iaitu Ciri Budaya Dan Ciri Fizikal (maksud ciri budaya dan fizikal, sila rujuk maklumat di bawah)



Definisi Ciri Fizikal
Ciri semulajadi dan bukan buatan manusia seperti bentuk muka bumi, saliran dan tumbuhan semulajadi
Definisi Ciri Budaya
Ciri yang terhasil daripada aktiviti manusia atau buatan manusia seperti pertanian, perlombongan, perindustrian, petempatan, pengangkutan dan perhubungan
Simbol Dalam Peta Lakar
Peta lakar digunakan untuk menunjukkan taburan ciri Geografi sesuatu kawasan. Ciri-ciri tersebut perlu dilukis dalam peta dengan menggunakan simbol
Simbol-simbol ini perlu dilukis bagi mewakili objek atau kawasan sebenar yang ada di kawasan kajian
Simbol yang digunakan itu membolehkan maklumat yang mahu disampaikan menjadi cepat, tepat dan berkesan
Contoh Simbol


Ciri-Ciri Geografi : Apakah Pandang Darat Fizikal Dan Pandang Darat Budaya?
Pandang Darat Fizikal adalah mewakili ciri-ciri Alam Semulajadi. Contoh penggunaan simbol adalah seperti lampiran berikut



Pandang Darat Budaya adalah mewakili ciri-ciri Buatan Manusia seperti Bangunan, Rumah, Masjid, Jalanraya, Jalan Kereta Api, Jambatan, Sekolah, Tanaman yang ditanam seperti Kelapa Sawit, Padi, Getah (pertanian) dan sebagainya. Contoh penggunaan simbol adalah seperti lampiran berikut

Singkatan Yang Digunakan Dalam Peta
Singkatan perkataan juga digunakan dalam peta bagi menjelaskan dengan mudah ciri-ciri Fizikal dan Budaya. Contonhya seperti berikut
Ciri GeografiSingkatan
Balai PolisB.P.
BukitBt.
GunungG.
HospitalHosp.
KampungKg.
LadangLdg.
PadangPdg.
Pejabat DaerahP.D.
Pejabat PosP.P.
PerkuburanKb.
SungaiS.
SekolahSek.
Tali AirT.A
Warna Lazim Digunakan Dalam Peta
Warna juga memainkan peranan bagi menunjukkan ciri Geografi yang terdapat dalam peta. Contoh penggunaan warna adalah seperti berikut
Ciri GeografiWarna
Jalan RayaMerah
BangunanHitam
Tanah TinggiPerang
Hutan, Tumbuh-tumbuhanHijau
BiruSungai, Paya, Tasik, Laut
Langkah-Langkah Melukis Peta Latar
Nombor 1Peta Lakar kebiasaannya tidak memerlukan skala. Sekiranya mahu menunjukkan skala peta dibolehkan
Nombor 2Pilih simbol, warna dan singkatan yang sesuai bagi menunjukkan ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat di kawasan yang menjadi pilihan kajian
Nombor 3Lukis simbol dan diwarnai dan serta singkatan bagi setiap ciri Geografi yang mahu dimasukkan dalam peta lakar
Nombor 4Lengkapkan peta dengan arah mata angin utara, petunjuk, tajuk peta yang sesuai dan bingkai peta
Contoh Perkara / Ciri Perlu Ada Dalam Peta Lakar


Panduan Melukis Peta Lakar

Meninjau dan memerhati kawasan yang dipilih sebagai kajian bagi mengumpul maklumat, buat catatan, kenalpasti jenis-jenis ciri geografi yang terdapat di kawasan kajian merangkumi ciri fizikal dan budaya

Lukiskan sebuah peta rangka kawasan kajian berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan



Lukis simbol fizikal dan budaya yang telah dikenalpasti terdapat di kawasan kajian mengikut kedudukannya

Lengkapkan peta dengan petunjuk peta, arah mata angin, skala peta (jika mahu sertakan) dan tajuk peta yang bersesuaian bagi menunjukkan gambaran ringkas tentang kawasan peta





0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.