LIMA Jenis Lelaki Pemalas Yang Tidak Layak Jadi Suami

Assalamualaikum



Sepanjang pengalaman anda bercinta, pasti ada pernah jumpa pelbagai jenis lelaki. Ada yang romantik, ada yang setia dan sebagainya. Namun apa paling penting, adalah mereka yang tidak layak jadi suami. Adakalanya mereka yang buruk boleh jadi suami dan mereka yang kacak, tidak boleh jadi suami. Ketahui jenis lelaki yang tidak layak jadi suami.

1. Tiada pendapatan dan boros

Lelaki yang tidak mempunyai pendapatan tidak layak untuk dijadikan suami. Mereka tidak mampu untuk menyara hidup anda. Kalau ada pun diantara mereka yang punyai pendapatan, mereka boros dengan hasil pendapatan mereka. Mereka tidak tahu membahagikan hasil pendapatan mereka.

2. Sentiasa bergantung pada orang lain

Apa mungkin seorang lelaki yang bakal memberi nafkah kepada anda, hidup dengan masih bergantung pada orang tuanya? Itukah calon yang sesuai untuk dijadikan suami? Silap haribulan, wang anda yang disapu habisnya nanti.

3. Pemalas

Pemalas disini difokuskan pada keadaan mereka menguruskan diri mereka sendiri. Lihat sahaja bagaimana mereka menguruskan katil tidur mereka sehingga tidak dapat membezakan pakaian kotor dan bersih. Mereka hanya anggap mengemas rumah hanya kerja wanita.

4. Berfikiran negatif dan membuat anda rasa buruk

Seorang lelaki loser sentiasa berfikiran negatif. Mereka menganggap apa yang mereka hendak lakukan semuanya tidak boleh. Wanita yang bercinta dengan lelaki ini pasti akan sentiasa diburuk-burukan.

5. Kaki control

Ini merupakan lelaki paling bahaya dan patut wanita jauhi dan hindari. Kalau dibenarkan untuk bunuh, sila bunuh beramai-ramai. Lelaki jenis ini akan menghalang anda dari berinteraksi dengan dunia luar hingga menyebabkan anda begitu tertekan.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.