Selain Semakan Ibu Bapa, sistem ini ada menyediakan informasi tentang panduan pengguna, muat turun gred pemarkahan peperiksaan terkini serta takwim peperiksan dalaman sekolah meliputi tarikh kemasukan data peperiksaan.

Cara Buat Semakan SAP Ibu Bapa Online
Berikut dikongsikan langkah-langkah mudah dan cepat yang perlu diikuti oleh Ibu Bapa dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Online (SAPS) anak mereka. Untuk memastikan keputusan terkini dipaparkan, sila semak selepas markah keputusan peperiksaan terkini/ semasa habis dikemaskini.- Layari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
- Terdapat beberapa Menu seperti Muat Turun, Uji Kelajuan, FAQ dan Semakan Ibu Bapa
- Klik Semakan Ibu Bapa
Langkah-Langkah Semak Slip Peperiksaan Pelajar
Selepas Klik Semakan Ibu Bapa, berikut adalah langkah-langkah seterusnya untuk membuat semakan SAPS.- Sila masukkan Nombor Sijil Lahir atau Kad Pengenalan Pelajar (Tanpa "-" atau "SPACE")
- Sila Pilih Jenis Semakan : SEKOLAH RENDAH atau SEKOLAH MENENGAH
- Seterusnya Pilih Tahun ( 2011 hingga 2016)
- Dan akhirnya klik butang SEMAK LAPORAN
Note: only a member of this blog may post a comment.
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.