FAQ Temuduga SPP
Temuduga SPP , Pegawai Perkhidmatan Pendidikan merupakan
temuduga yang penting untuk guru-guru kerana seseorang guru itu
akan dinilai dan seterusnya diberikan lantikan tetap sebagai Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) . Bagi calon-calon yang ingin
memohon jawatan tetap sebagai Guru DG41 , permohonan
temuduga hendaklah dibuat di laman sesawang JobMalaysia .
Bagaimana temuduga ini dijalankan?
Selepas anda dipanggil untuk ke temuduga SPP, anda perlu hadir ke
tempat temuduga dengan membawa dokumen yang lengkap
berdasarkan senarai semak yang telah ditetapkan
Berapa orang akan masuk ke dalam bilik temuduga?
Kebiasaannya, temuduga SPP akan dijalankan secara berkumpulan.
Seramai 5-6 orang akan masuk secara serentak.
Cara jawab soalan temuduga pula hendaklah mengikut arahan yang
ditetapkan oleh penemuduga. Kebiasaanya ada 2 orang penemuduga,
seorang dari warga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, dan
seorang dari KPM atau JPN atau mungkin juga pensyarah dari IAB atau
IPGM.
Bagaimana jawapan yang diperlukan?
Soalan yang diajukan adalah secara individu. Untuk menjawab soalan
yang diajukan, anda harus menjawab apa yang ditanya sahaja. Berilah
jawapan yang tepat dan padat. Jangan menjawab soalan ketika orang
lain sedang ditanya.
Adakah memerlukan huraian yang panjang?
Tidak perlu menjawab dengan huraian yang panjang lebar kerana
pihak penemuduga hanya inginkan jawapan yang tepat dan padat.
Apa nak buat jika tidak tahu menjawab soalan yang diajukan?
Sebenarnya jawapan yang dikehendaki oleh penemuduga adalah
jawapan yang tepat sahaja. Oleh itu, pastikan anda membuat ulang
kaji sebelum menghadiri temuduga
Berapa soalan yang akan ditanya dan berapa lama bagi satu
sesi?
Kebiasaanya soalan yang akan ditanya tidak melebihi 10 soalan, dan
minima 7 soalan, tapi ini bergantung kepada penemuduga. Biasanya,
setiap sesi mengambil masa dalam 40-90 minit.
Pakaian Semasa Temuduga
Guru juga dikehendaki membawa Buku Rancangan Pengajaran
semasa praktikum untuk sesi temuduga.
Contoh-contoh Soalan Temuduga
Apakah nama jawatan yang anda temuduga ini?
Apakah kaedah yang anda gunakan di dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran?
(Soalan ini boleh dikatakan wajib, setiap calon
perlu huraikan satu kaedah yang digunakan dalam pdp. Oleh itu,
ulangkaji ilmu pendidikan supaya bersedia dengan jawapan dan
teori yang betul.)
Apakah yang anda faham mengenai Falsafah Pendidikan
Negara?
Apakah maksud KSSR, LINUS, 1M1S?
Apakah MBMMBI (Download PDF MBMMBI), PBS, SAPS dan
SPPBS?
Apakah yang anda faham tetang Sekolah Berprestasi Tinggi?
Apa itu NKRA Pendidikan?
Apa itu Pelan Strategik Interim?
Apa itu RMK 10 Pendidikan?
Soalan-soalan lain yang berkaitan dengan kursus anda: Contoh
bagi KPLI dan j-QAF, "Apakah peranan guru j-QAF dalam
membangunkan modal insan?"
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Kementerian Pelajaran Malaysia telah digabungkan dengan
Kementerian Pengajian Tinggi dan ditukar nama ke Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Barisan Kabinet 2016
Bagi calon j-QAF perlu juga faham: Modul j-QAF
15 Isu PBS
16 MMI
Semua calon disarankan supaya berpakaian kemas semasa
menghadiri temuduga. Pastikan semua dokumen telah disahkan oleh
pegawai yang berlayak. Semoga berjaya!
Tips Temuduga SPP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Unknown Assalamualaikum0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
Note: only a member of this blog may post a comment.