Udara Segar Dijual Orang Ramai Serbu Untuk Hirup
Unknown AssalamualaikumChina - Orang ramai mulai beratur untuk membeli bungkusan udara segar selepas satu bungkusan udara itu dijual pada harga yang murah iaitu 1 RMB (60 sen) sebungkus di pusat beli belah Xi'an pada Isnin.
Menurut laporan Tencent, udara itu mengadungi PM2.5 sebanyak 65 mikrogram per meter padu, lebih tinggi dari piawai WHO yang menetapkan 25 mikrogram sahaja. Namun tidak pasti dari mana udara itu berasal.
Penduduk di situ yang terdesak untuk merasai udara segar dilihat mengerumi promosi itu untuk menikmati bagaimana rasanya udara bersih.
Xi'an merupakan salah satu bandar di China yang mengalami masalah udara tercemar yang teruk, lebih-lebih lagi pada musim sejuk.
Satu kajian menunjukkan, bernafas dalam udara tercemar di China mungkin akan menyebabkan nyawa seseorang itu berkurangan sebanyak 25 bulan. Satu lagi kajian mendapati 4 juta rakyat China didapati menghidap kanser pada 2015.
Sebelum ini, beberapa usahawan inovatif telah berupaya membuat duit dengan situasi pencemaran udara di China dengan menjual udara segar dari Kanada dan Australia pada harga yang premium.
Sumber : shanghaiist
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
Note: only a member of this blog may post a comment.