Hari tu saya ada chatting dengan seorang bekas Chef Masakan Jepun.
Kebetulan tengah present kat dia design Logo Budget saya. Beliau
pernah kerja kat Suntory Japanese Cuisine..dekat Hilton Hotel Jln Tun
Ismail KL.
Chef ni pernah juga kerja kat Tokyo Restoran bangunan Amanah
Capital Jln Raja Chulan..restoran ni dah tutup skrng. Juga pernah kerja
kat Awana Kijal Resort, Restoran Korean New Ang Kok Kwan dan
Sakana Ei. Antara benda yang beliau bocorkan kat saya adalah hampir
semua hidangan sushi yang mengekalkan originality standard sushi
adalah haram dimakan.
Saya yang peminat tegar Sushi King ni terperanjat setan la kan.
Memang saya tahu bahawa Sushi King ni belum dapat sijil halal.
Alasannya kerana terlalu banyak supplier jadi susah nk dapatkan
pengesahan halal daripada semua supplier.
So saya berbaik sangka lah kat Sushi King tapi bila Chef yang dah otai
dalam menyediakan kuliner Jepun sendiri yang bocorkan yg
kebanyakan sushi ni tak halal, saya jadi tak mampu berbaik sangka
lagi. Nak tahu kenapa?
Ok. Kata chef ni :
+ Pertama : Nasi kepal sushi rasa masammasam sikit kan?
Sebenarnya nasi tu,bila dah masak,mereka akan gaul sedikit cuka
dan mirin (4% alkohol)
+ Kedua : Belut (unagi) tu pula dimasak dgn soy sos + sake (40%
alkohol)
+ Ketiga : Lagi malang klu mkn kat restoran yang betulbetul
punya asli makanan Jepun ni..lepas mkn mereka hidang pencuci
mulut ,agar2 dan buah. Agar2 tu di campur dgn jus oren wisky.
+ Keempat : Saya tanya Chef ni. Betul ke terjadi pembaziran air
masa nak buat nasi sushi ni. Beliau bagitahu beras California
memang kena running water semalaman sbb beras tu sticky
Dia bagitahu lagi, babi mereka tak guna tapi mereka banyak guna arak
dalam penyediaan makanan mereka.
Chef ni pernah cuba tukar resipi
menggunakan bahan yang halal 100% tapi katanya banyak customer
yang merungut sebab rasanya tak sama dengan sushi yang asli.
Alhamdulillah Chef ni dah taubat dan dah berhenti jadi Chef makanan
Jepun. Beliau tak sanggup dah bersubahat dengan owner restoran
untuk buat menu haram ni.
P/s : Ini bukan cerita rekaan. Saya Taufiq Razif bertanggungjawab
dengan post ini. Minta tolong sangatsangat viralkan supaya banyak
orang Islam terselamat drp sushi yang tidak halal
Ramai Muslim Tidak Tahu Kebanyakkan Sushi Sebenarnya Tidak Halal. Nak Tahu ?
Unknown Assalamualaikum0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
Note: only a member of this blog may post a comment.