Berikut kupasan oleh Dato' Dr Zahari Othman Director Center For Teaching Thinking And Innovation.
Satu forum telah pun diadakan di fakulti pendidikan Universiti Malaya tidak berapa lama dulu untuk membincangkan tentang sejauh mana matlamat yang terkandung dalam Malaysian Education Blueprint yang dihadiri oleh ahli akademik , pihak sekolah , dan PPD di mana saya juga terlibat dalam perbincangan dalam.forum ini .Saya telah juga membangkitkan isu kelemahan guru2 dari segi pedagogi abad ke 21 dan saya nyatakan bahawa ini juga berpunca dari kegagalan KPM melatih guru2 ini dalam aspek pedagogi .Memang pada mulanya disangkal oleh pihak KPM , namun akhirnya mereka mengaku bahawa terdapat kelemahan .
Sebenarnya I-Think.bukanlah cara yang betul untuk .membangunkan pengetahuan pedagogi abad ke 21 .Soalselidik yang saya buat kepada guru2 mendapati guru2 tidak nampak bagaimana HOT atau KBAT dapat diterap kepada pelajar melalui penguasaan I-Think.map Daripada pemerhatian saya tentang 8 jenis I'think map , saya dapat lihat betapa pihak yang memperkernalkan i-think map tidak faham fungsi utama mindmap
Berdasarkan asal usul mimdmap yang diperkenalkan oleh Tony Buzan ianya bertujuan untuk membina pemikiran kritis dan kreatif melalui aktiviti membuat mindmap berasaskan keselesaan seseorang pelajar dan kreativiti pelajar untuk.mengurus fakta , konsep , pengetahuan dan ilmu yang telah dipelajari oleh pelajar bukan memaksa pelajar membuat mindmap yang dibuat pelbagai bentuk oleh orang lain dan kononnya untuk lain subject lain bentuk mindmap
Saya tahu yang memperkenalkan I-think map kepada KPM ini adalah David Harlew yang sebenarnya bukan diiktiraf sebagai pakar dalam bidang HOT mengikut rakan saya Prof Emeritus Robert Swartz dari University of Massachusetts. Prof Robert Swartz juga mendapati cara David Harlew membimbing HOT kepada guru2 juga tidak lengkap dan tidak tepat
Adalah lebih mudah jika pelajar hanya didedahkan kepada mindmap yang diasaskan oleh Tony Buzan kerna d Tony Buzan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa dalam kerja-kerjanya. Tak perlu guru2 membuang masa selama sebulan membuat kerja2 Pak Pandir secara online mempelajari I-Think map yang akhirnya tidak membantu guru2 dalam membina pengetahuan pedagogi abad ke 21 .Dengan mindmap Tony Buzan
Minta maaf jika kenyataan saya ini tidak digemari oleh mana2 pihak .Tapi selepas berkecimpung selama 42 tahun dalam bidang pendidikan matematik di tiga fakulti dan di dua buah universiti dalam bidang betkaitan dengan HOT dan mempunyai penyelidikan kolaborasi dengan renowned professors dalam bidang thinking and education, kenyataan saya ini adalah purely academic .
Oleh itu wang berpuluh juta untuk melaksana I -Think map seharusnya digunakan untuk melatih guru2 dalam pedagogi abad ke 21 dalam konteks 21st Century Learning .
Kajian saya dan rakan2 penyelidikan saya mendapati konsep dan kefahaman Pembelajaran abad ke 21 di kalangan PPD dan JU dan guru2 juga tidak lengkap dan tidak tepat kerna fokusnya bercelaru dan misleading dan bentuk pedagoginya masih tidak jelas .
Director Center For Teaching Thinking And Innovation . .(CenT'-TI) Malaysia .
(Program partners with several universities in research and training)
Note: only a member of this blog may post a comment.