Majlis Graduasi di peringkat sekolah merupakan satu penjelmaan kesepaduan yang akrab terjalin antara guru, murid, kakitangan dan ibu bapa demi merealisasikan aspirasi dan impian para pelajar untuk mencipta kecemerlangan. Justeru, majlis ini tidaklah harus dilihat sebagai suatu upacara dan keraian semata-mata. Lebih dari itu, majlis ini merupakan simbolik yang memaknakan kejayaan semua pihak, iaitu individu dan entiti yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, dengan disedari atau tanpa disedari di sebalik jejak tapak kecemerlangan yang telah dirintis oleh mereka.
Note: only a member of this blog may post a comment.