Syarat Kelayakan BR1M 2017
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
- Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar
Salinan Dokumen
Dokumen yang perlu disertakan bersama Borang BR1M 2017 meliputi salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / tanggungan (jika berkaitan) seperti berikut:-- Pengenalan (MyPR / MyKid / Pasport / Sijil Lahir)
- Sijil perceraian pemohon / sijil kematian pasangan bagi pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
- Sijil perceraian / sijil kematian ibu atau bapa tanggungan dan sijil lahir tanggungan (bagi kategori bujang ada tanggungan)
Untuk maklumat lanjutan berkaitan soalan lazim permohonan BR1M 2017, anda boleh merujuk kepada FAQ Permohonan.
Note: only a member of this blog may post a comment.