PETALING JAYA: Penjawat awam dan isteri yang gemar
menunjuk-nunjuk dengan memuatnaik gambar barangan mewah yang dimiliki seperti
beg dan jam tangan, selain percutian keluarga bertaraf lima bintang perlu
berwaspada kerana mereka sedang diperhatikan.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) kini giat mengikuti status di laman media sosial terutama
Facebook dan Instagram.
Selain itu, aktiviti bermain golf di luar negara melibatkan
penjawat awam berjawatan tinggi, serta kegiatan pegawai kerajaan peringkat
pertengahan dan rendah juga dipantau rapi kerana ada kes di mana gaya hidup
mereka tidak seiring dengan pendapatan bulan.
The Star dimaklumkan, ada kes di Sabah di mana sekumpulan
penjawat awam yang bercuti ke London dan menunjuk-nunjuk aktiviti sepanjang
tempoh percutian itu di Facebook hingga ia menjadi bualan ramai.
Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki
mengesahkan pihaknya memantau laman sosial penjawat awam yang gemar
menunjuk-nunjuk gaya hidup mewah mereka.
“Kami bergantung kepada maklumat awam dan bukti yang
dikumpul pegawai risikan bagi menyiasat kegiatan yang dikesan,” katanya sambil
menambah ia tugasan mencabar kerana melibatkan 1.6 juta penjawat awam.
Katanya, tidak salah bagi penjawat awam dan ahli keluarga
untuk memiliki beg tangan dan jam tangan mewah.
“Tetapi memiliki lebih daripada satu beg tangan mewah jenama
Hermes, Chanel or Louis Vuitto boleh menimbulkan keraguan dan rasa syak
mengenai dari mana datangnya sumber kewangan itu.
“Jika penjawat awam atau ahli keluarga mereka memiliki
banyak beg tangan mewah dan menunjuk-nunjuk pula, kami mahu tahu dari mana
mereka dapatkan wang untuk membeli barangan mewah itu,” katanya.
Azam diminta mengulas siasatan terkini berkaitan dakwaan
rasuah melibatkan seorang ketua setiausaha sebuah kementerian apabila sejumlah
barangan mewah termasuk 150 beg tangan dan jam dirampas dan disita dalam
operasi di sebuah rumah di Subang Jaya pada Rabu.
Oktober lalu, sejumlah barang kemas mencecah RM3.64 juta dan
beg tangan berjenama bernilai RM500,000 dirampas daripada dua pegawai kanan
Jabatan Air Sabah.
Kata Azam, pihaknya juga akan bekerjsama rapat dengan pihak
berkuasa lain seperti Jabatan Imigresen bagi memeriksa kekerapan perjalanan
penjawat awam terlibat ke luar negara bersama ahli keluarga dan tujuan berbuat
demikian.
“Inilah antara petunjuk yang digunakan sebagai sebahagian
langkah siasatan terhadap penjawat awam yang menjalani kehidupan melebihi
keupayaan mereka,” katanya.
Pada Selasa, Azam menerusi radio online suruhanjaya itu,
MACCfm. berkata, penjawat awam yang menaiki pesawat menggunakan kelas bisnes ke
luar negara untuk bermain golf dan diiringi teman wanita serta perempuan
simpanan turut disiasat terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
Note: only a member of this blog may post a comment.