Dream World Resort Kundasang

Assalamualaikum



Dream World Resort dikenali ramai disebabkan persekitarannya yang begitu memmpersonakan terutamanya pada waktu petang. Berlatarkan Gunung Kinabalu, suasana sekeliling yang ditumbuhi oleh tumbuh-tumbuhan menghijau, terletak di lereng bukit serta udaranya yang sejuk dan nyaman melengkapkan lagi daya tarikan di tempat ini. Jika anda pernah pergi ke tempat ini, mungkin pada percutian akan datang, tempat ini akan jadi pilihan penginapan utaman anda. Jika anda menginap di tempat ini, jangan sia-siakan waktu senja anda.

 Nikmatilah waktu tersebut kerana suasana diwaktu petang dan senja mungkin jauh berbeza dengan apa yang anda pernah alami sebelum ini. Namun begitu, anda perlu membuat tempahan dengan lebih awal disebabkan penginapan di Dream World Resort adalah terhad terutamanya pada musim cuti sekolah.



0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.