Gerai Sayur Tepi Jalan Kundasang

Assalamualaikum



Gerai sayur yang terletak di tepi jalan Pekan Kundasang sememangnya terkenal dengan sayur-sayuran yang cukup segar. Juga terdapat buah-buahan seperti strawberi dan buah markisah serta keropok yang dijual di sini. 

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Bagi mereka yang menginap di homestay di sekitar Kundasang, bagaimana kalau anda mendapatkan sayur-sayuran ini dan memasaknya sendiri di homestay ?. Pasti perbelanjaan anda akan dapat dijimatkan berbanding dengan makan di restoran berhampiran. Atau anda boleh juga membeli sayur di hari terakhir anda berada di tempat menarik ini dan membawanya sebagai buah tangan untuk rakan atau ahli keluarga anda.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.