Kinabalu Pine Resort dinamakan sempena dengan pokok pine yang tumbuh di sekeliling atau di sekitar kawasan penginapan ini. Tempat ini semakin popular dan menjadi pilihan ramai pengunjung disebabkan balkoninya yang betul-betul berhadapan dengan pemandangan Gunung Kinabalu. Suasana di tempat ini juga dijaga dengan rapi, dimana bunga-bungaan yang sesuai ditanam dan suda pasti udaranya juga sejuk dan nyaman. Anda tidak perlu risau dengan rasa sejuk untuk mandi kerana alat pemanas telah disediakan. Bagaimana pula dengan makanan ? Kinabalu Pine Resort juga tersedia dengan restoran, jika anda keletihan untuk memandu ke restoran di sekitar Pekan Kundasang, bagaimana jika anda berjalan kaki untuk mencuba menu di restoran Kinabalu Pine Resort pula ?.
Lokasi tempat penginapan menarik ini sangat mudah untuk dikesan, ianya lebih kurang 1km sahaja dari Pekan Kundasang menuju ke Pekan Ranau. Jika anda tidak bercadang untuk menginap di tempat ini, anda boleh sahaja berjalan-jalan, menikmati udara segar dan mengambil gambar kenangan.
Note: only a member of this blog may post a comment.