Strawberry and Rose Garden Kundasang

Assalamualaikum


Jika anda berada di di Pekan Kundasang, selain dari War Memorial Park, Strawberry dan Rose Garden juga merupakan taman yang menarik untuk dilawati. Kawasan ini betul-betul berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang, Ranau. Kawasan kebun strawberi dan bunga di sini agak luas. 

Anda boleh melihat bagaimana kaedah penanaman strawberi dan melihat buah strawberi yang sedang masak ranum. Pelbagai jenis bunga ros juga ditanam di sini. Terdapat juga bunga-bunga lain seperti bunga matahari, kaktus,lily dan sebagainya. Jangan lepaskan peluang anda untuk mengunjungi tempat ini dan bawalah kamera anda bersama-sama. Disini, anda juga boleh mendapatkan buah strawberi yang segar, anak pokok bunga dengan harga yang sangat berpatutan.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.