PANDUAN PELAKSANAAN PTM MELALUI EPSA

Assalamualaikum


Buka laman web ni. Download dokumen yang perlu demi mase depan. Penting lagi2 bab manual tu. print je. tak tebal pun. senang nak refer

https://splkpm.moe.gov.my/mn_pekeliling_siaran/index.cfm




Arahan Pelaksanaan & Due Date

Sumber : https://splkpm.moe.gov.my/bahan/Surat_Siaran_PTM.pdf




log in website EPSA. 
http://epsa.gov.my/?language=en

yang lantikan 2015 rasanya ada yang boleh login guna password : eps@****** (6 digit terakhir ic). lantikan selepas tu kena daftar baru. 

(maaf kalau tersilap)



Bagi yang boleh akses sendiri email official (emel frogvle, edu.gov.my) untuk dapat password, boleh terus daftar EPSA.



Bagi yang rase nak guna emel sendiri (gmail, yahoo) untuk daftar EPSA, boleh download surat ni dari website or click link https://docs.google.com/document/d/1sBB1rGvP7dtwrzkB9KIg84AA1CZwckDPoBBDHoE6ux0/edit?usp=sharing untuk softcopy surat.

dah dapat password tu nanti log in and update info yang diperlukan.




Ni senarai kod Kursus Wajib dan Kategori untuk Kursus Pilihan. Boleh dapatkan kat Manual kat website SPLKPM tadi. Ambil kursus tak ikut turutan pun takpe. Janji ambil semua kursus

Senarai SEMUA kursus & code dalam web EPSA (boleh buka untuk memudahkan nak pilih kursus-kursus pilihan) :
http://www.epsa.gov.my/senarai-kursus-pdf




Kursus Pilihan saya. Just sharing. Ni pilihan ikut suka hati janji tak terkeluar kategori yang disenaraikan.

tips : ambil kursus yang minimum time paling sikit. hehe



Macam mana nak cari kursus? Tengok kod kursus pada gambar tadi, dan key in bahagian "Cari".

dah jumpa, click "DAFTAR"




Ni untuk cari 3 kursus pilihan. Ambil dari kategori yang TELAH DISENARAIKAN tadi (refer gambar sebelum2 ni). JANGAN SUKA-SUKA pilih kategori. Ambil 3 kursus je dari mana-mana kategori yang terpilih itu. ambil 3 kursus dalam kategori yang sama pun takde hal.



Kalau dah daftar dia keluar cenggini. Kalau tersalah key in kod, boleh cancel. 

Double check Kod & Nama kursus before proceed


Nak lengkapkan kursus :

1. Pastikan kod & kursus betul
2. Capai masa minimum kursus
3. Complete semua aspek Kursus (kalau ade 3 bahagian so complete ketiga2 bahagian)

boleh berhenti, log out, dan sambung balik kursus. tak effect masa.



Inilah part yang paling mencabar sanubari dan jiwe -- time nak menghadap sesi pembelajaran kursus

1. Kalau taknak buang masa memikirkan kenape tak complete2 (pengalaman sendiri, puas cube habiskan slide tapi still incomplete), make sure button tepi kanan bawah tu berkelip2.

2. button anak panah berkelip : selesai slide (kecuali slide terakhir)
button tamat berkelip : selesai last slide dan selesai satu subtopik (habis semua slide dah go through)

3. selagi anak panah tak berkelip (kalau bukan last slide); selagi button tamat tak berkelip even dah habis semua slide da go thru, mesti ade benda yg tak diclick. Even dia bagi link www.jpa.gov.my kat slide tu pun mesti kena click. jgn tertinggal mana2 link atau button yang boleh diclick. cari sampai button2 tu berjaya menyala! kalau tak, confirm incomplete sampai bebile!

4. If rase nak fast forward video / slide, drag bulat petunjuk video tu sampai kat hujung, then tengok, berkelip atau tak anak panah, kalau berkelip so kire slide tu takde pape link / gambar kena click. ni bagi jenis nak jimat mase and takmau tunggu akak narrator tu habis cakap. just nak bace slide. hehe

good luck!




Ni kalau dah complete semua bab. Semua bar dah "COMPLETE'. Kalau ade yang tak camni, maksudnye ade submodul yang tak lengkap. rujuk gambar sebelum



Ni gayanya kalau dah settle satu kursus.

Kalau cepat sangat settle kursus, kena tunggu jela sampai capai waktu minimum. bukak je page course tu sampai tiba waktunya

Assessment, kuiz, modul, semua BOLEH ULANG SEMULA. Kot tak puas hati markah, buat la balik. Dia akan ambil markah terakhir. Takdehal pun. Dah pernah cuba heehee




Kalau kaler hijau tu maksudnya dah tamat Kursus (ni paparan time da tamat kursus2). sebelum proceed kursus2 lain, lagi sekali diingatkan semak kod kursus. salah key in kod, salah la kursusnya. bazir masa je nanti huuhuuu


Kalau dah siap tu boleh print sijil kat sini. kat sini boleh nampak berapa banyak mase dah spend untuk kursus ni. haha

TOTAL SIJIL EPSA : 12 (9 WAJIB + 3 PILIHAN


Ni untuk modul kat SPLKPM. Bace modul tu and sign borang yang kite dah bace modul tu. Borang Akuan tu. dah settle semua, download borang2 berkenaan. baca balik Manual tu. ada borang mana kena hantar.


kalau dah settle....hantar borang2 dan sijil ke PPD atau atau pihak atasan yang berkenaan (ikut surat & arahan yang diberikan ke pihak sekolah, sila baca MANUAL & CHECKLIST BORANG YANG DIBERIKAN DI WEBSITE SPLKPM betul-betul and tanye kerani utk proceed submit borang2).

"hantar semua dokumen mengikut senarai semak yang lengkap dan diperaku oleh Ketua Jabatan hendaklah dihantar ke Unit Latihan & Kemajuan Staf Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing untuk pengesahan dan tindakan lanjut JPN.

Selepas tiga bulan selesai mengikuti kursus, sila muat turun Lampiran D: Borang Penilaian Keberkesanan Latihan untuk dikemuka dan dilengkapkan oleh Ketua Jabatan masing-masing."

sumber : https://splkpm.moe.gov.my/bahan/Manual_Peserta_PTM.pdf

Road to Pengesahan Jawatan 

Note : segala nota & gambar adalah berdasarkan pembacaan manual dan pengalaman sendiri. Walaupun begitu, sila double check segala steps dengan merujuk manual di website SPLKPM tu. Semoga berjaya





 













0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.