Sosodikon (Pyramid) Hill, Kundasang

Assalamualaikum


Bagi mereka yang meminati aktiviti lasak seperti mendaki, maka Sosodikon Hill atau Bukit Sosodikon merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk anda. 

Sosodikon Hill terletak lebih kurang 5 km dari Pekan Kundasang. Untuk sampai ke bukit ini, anda perlu menggunakan jalan yang sama ke Desa Cattle Dairy Farm dan Mount Kinabalu Golf Club. Bukit Sosodikon terletak di sebelah kanan simpang ke Desa Cattle Dairy Farm. Anda perlu meletakkan kereta di tepi jalan dan berjalan kaki dalam lebih kurang 1.5km untuk sampai ke pintu masuk Bukit Sosodikon. Kemudian, pendakian sebenar adalah lebih kurang 20 minit dengan berjalan kaki. 

Yuran masuk hanyalah RM 3.00 sahaja. Apa yang menanti anda di puncak adalah bukit yang seolah-olah berbentuk piramid. Anda pasti terhibur sepanjang perjalanan kerana kiri dan kanan anda ditumbuhi dengan tumbuh-tumbuhan menghijau dan memukau penglihatan.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.