Guru Dalam Pantang Meninggal Dunia Disebelah Anak Umur 19 Bulan Dan Sebulan

Assalamualaikum


Seorang guru yang masih berada dalam pantang meninggal dunia disebelah anak-anak kecilnya yang belum mengenal apa-apa berumur 19 bulan dan sebulan dan hanya disedari oleh suaminya beberapa jam kemudian ketika baru pulang daripada bekerja di mana anak kecilnya sedang menangis, lapor Harian Metro.

Siti Rohana Redzuan, 36, yang merupakan guru Sekolah menengah di Kulai ditemui dalam keadaan kaku di atas katil di sisi anaknya oleh suaminya yang baru pulang daripada kerja pada 8.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said yang mengesahkan kejadian itu, beliau menyatatakan ketika suaminya itu keluar bekerja, isterinya sedang nyenyak tidur.

"Menurut suami wanita berkenaan, isterinya dalam tempoh bercuti selama lebih sebulan selepas melahirkan anak keduanya.

"Pihak Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) Kulai yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia.

"Ketika itu, kedua-dua anaknya termasuk yang sulung berusia 19 bulan berada di kiri dan kanan jenazahnya dalam keadaan terjaga," katanya.

Hasil bedah siasat yang dilakukan, pihak hospital mengenalpasti kematian beliau disebabkan paru-paru berair dan masalah jantung, bukan kerana pendarahan akibat Ceaser seperti yang tular di laman sosial.

Menurut rakan rapat arwah yang dikenali dengan panggilan Chik Zaa, dia meminta supaya orang ramai berhenti menyebarkan maklumat tidak sahih kerana bimbang melukai hati keluarga.

"Selepas dibedah siasat, dikatakan arwah meninggal akibat paru-paru berair dan jantungnya sedikit bengkak. Tolonglah hentikan andaian-andaian liar anda semua seolah-olah kononnya arwah diabaikan atau tidak dijaga dengan baik," tulisnya di laman Facebook. - 


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.