
Terletak di Kampung Mesilou, Kundasang, Mesilou Highland Strawberry juga merupakan salah satu daya tarikan di Kundasang Ranau. Di sini, anda boleh memetik sendiri strawbery yang telah masak dan merasai kenikmatannya. Ladang strawberi ini biasanya dibuka bermula pukul 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang.
Walaubagaimanapun kadangkala ladang ini akan ditutup untuk memberi peluang kepada kerja-kerja penanaman serta penambahbaikan. Bagi maklumat lanjut anda boleh mengikuti perkembangan berkaitan dengan ladang strawberi di laman facebook mereka : Mesilou Highland Strawberry.
Note: only a member of this blog may post a comment.