Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge kundasang

Assalamualaikum



Mongolian Yurt Wind Paradise merupakan pusat penginapan yang terletak di puncak dan lereng bukit di Kundasang. Untuk sampai ke tempat ini anda perlu melalui Jalan Kundasang Kauluan dengan mengambil masa lebih kurang 10 minit perjalanan dengan memandu kereta. Lokasi Mongolian Yurt adalah lebih kurang 3.6 kilometer dari Pekan Kundasang. Bagi mendapatkan lokasi dengan terperinci sila klik ke pautan berikut: Mongolian Yurt Wind, Kundasang. Tempat ini merupakan pusat penginapan yang unik kerana bentuk penginapan adalah seperti Mongolian Yurt. 


Kawasan penginapan yang strategik iaitu di puncak dan lereng bukit menjadikan tempat ini cukup menarik, sesuai serta sering ditiupi angin yang nyaman dan sejuk. Tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang inginkan suasana pergunungan dan kelainan dari aspek penginapan. Anda tidak perlu memandu ke pekan berdekatan disebabkan tempat ini juga menyediakan pelbagai bentuk menu makanan dengan harga yang berpatutan.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.