Puncak Borneo Resort

Assalamualaikum



Puncak Borneo Resort merupakan kawasan penginapan yang terletak di Kampung Bundu Tuhan, Kundasang Ranau. Jarak dari Pekan Kundasang ke tempat menarik ini adalah lebih kurang 8.1 km dan mengambil masa lebih kurang 15 minit memandu dengan kelajuan normal. Puncak Borneo Resort merupakan tempat penginapan yang sangat indah dan cantik dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.

 Disamping keindahan alam, udara yang nyaman,segar serta sejuk anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke pekan atau restoran berdekatan kerana tempat ini juga dilengkapi dengan restoran dengan harga yang berpatutan. Anda boleh juga untuk datang dan singgah sebentar di tempat ini untuk mengambil gambar kenangan di persekitarannya.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.