Mesilou Nature Resort
penulis AssalamualaikumBagi anda yang inginkan suasana tenang, damai serta inginkan persekitaran hutan flora dan fauna, di sinilah tempat yang paling sesuai. Tempat ini sememangnya sentiasa sejuk berkabus serta mempunyai udara yang nyaman kerana terletak berhampiran puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu.
D sini juga letaknya ‘starting point” atau pintu gerbang jalan kedua untuk mendaki Gunung Kinabalu.Mesilou Nature Resort terletak berhampiran dengan Kampung Mesilou, Kundasang. Ianya mengambil masa lebih kurang 25 minit atau 10km perjalanan memandu dari Pekan Kundasang. Jika anda inginkan kepuasan dan keselesaan yang maksimum, Menginaplah di tempat ini kerana anda akan mempunyai lebih banyak masa untuk berjalan-jalan di kawasan ini. Namun, tempahan perlu dibuat dengan lebih awal kerana tempat ini sentiasa penuh terutamanya pada musim cuti sekolah.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini termasuklah meneroka alam sekitar flora dan fauna, jungle trekking dan sebagainya. Jangan lupa membawa kamera anda bagi mengabadikan kenangan semasa berada di tempat ini.
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
Note: only a member of this blog may post a comment.