Kundasang War Memorial
penulis AssalamualaikumTempat ini memang tidak asing lagi terutamanya bagi penduduk setempat di Kundasang. Tempat ini merupakan tempat bersejarah dimana bagi memperingati jasa pahlawan yang terkorban semasa peperangan di suatu ketika dahulu. Kundasang War Memorial terletak di puncak bukit berdekatan dan sangat hampir dengan Pekan Kundasang.
Anda hanya perlu berjalan kaki untuk mengunjungi tempat ini jika anda berada di sekitar Pekan Kundasang. Jangan lupa membawa kamera bersama-sama anda untuk mengabadikan gambar kenangan bersama keluar atau orang tersayang dan mungkin bersama-sama rakan-rakan anda. Tempat ini sememangnya cantik, dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan, tanda peringatan serta udara yang nyaman dan sejuk.
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
Note: only a member of this blog may post a comment.