Keindahan Crystal Hill Kundasang
penulis AssalamualaikumCrystal Hill merupakan salah satu tempat penginapan yang mempunyai suasana persekitaran memukau dengan udaranya yang segar, nyaman dan sejuk. Tempat yang strategik iaitu di atas bukit menjadikan Crystal Inn menjadi salah satu tempat penginapan pilihan bagi kebanyakan pelawat.
Disebabkan lokasinya di puncak bukit, maka suda pasti pemandangan sekeliling juga amat menarik dimana anda boleh melihat Gunung Kinabalu tanpa apa-apa halangan. Semasa menginap di tempat ini, jangan lepaskan peluang untuk anda melihat matahari terbenam dan terbit.
Adalah satu pilihan yang terbaik jika anda menginap di tempat ini kerana anda boleh menghayati dan merasai suasana persekitaran di tempat ini sepenuhnya. Jika ada kesempatan, bagaimana jika anda bersiar-siar sebentar diatas bukit seperti dalam gambar diatas ?
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →
Note: only a member of this blog may post a comment.